![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/87/Michael_Schumacher_2011_Malaysia_FP1_1.jpg/640px-Michael_Schumacher_2011_Malaysia_FP1_1.jpg&w=640&q=50)
Mercedes MGP W02
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jentera Mercedes MGP W02 ialah sebuah kereta lumba Formula Satu. Jentera ini merupakan kereta lumba kedua yang direka dan dibina oleh Mercedes Grand Prix selepas syarikat Mercedes Benz membeli pasukan Johan Pembina Dunia Brawn GP. Jentera ini dipandu Johan Dunia tujuh kali, Michael Schumacher, dan Nico Rosberg dalam musim Formula Satu tahun 2011. Kereta ini dipertontonkan buat kali pertama di Circuit Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol pada 1 Februari 2011.[1] Dua hari sebelum ditontonkan, Mercedes mengeluarkan lakaran kereta yang menunjukkan pendekatan yang lebih tradisional terhadap kotak udara daripada alat yang digunakan Mercedes pada casis MGP W01 serta warna perak kereta yang lebih gelap.[2] Kedua-dua Schumacher dan Rosberg memandu kereta ini pada hari pertama ujian di Valencia.[3]
![]() | |||||||||
Kategori | Formula Satu | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pembina | Mercedes | ||||||||
Spesifikasi teknikal | |||||||||
Casis | Gentian karbon yang teracu dan monokok komposit indung madu | ||||||||
Ampaian (hadapan) | Jempelang dan spring kilasan yang diaktifkan palang tulang selangka dan rod tunjal | ||||||||
Ampaian (belakang) | Palang tulang selangka dan rod tunja | ||||||||
Enjin | Mercedes-Benz FO 108Y 2,400 cc (146.5 cu in) 90° V8, terhad kepada 18,000 RPM, Sedutan tabii dengan KERS, pasang tengah | ||||||||
Sistem gear | Mercedes kotak gear gentian karbon berjujukan separa automatik tujuh kelajuan dengan keaktifan hidrolik gear undur anjakan tak kelim operasi tangan | ||||||||
Berat | 640 kg (1,411 lb) (termasuk pemandu) | ||||||||
Bahan api | Petronas | ||||||||
Tayar | Pirelli P Zero BBS Roda (depan dan belakang): 13" | ||||||||
Sejarah perlumbaan | |||||||||
Kemasukan | Mercedes GP Petronas F1 Team | ||||||||
Pemandu | 7. ![]() 8. ![]() | ||||||||
Debut | Grand Prix Australia 2011 | ||||||||
|