![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/31/Albert_Lake_Park_Street_Circuit_in_Melbourne%252C_Australia.svg/langms-640px-Albert_Lake_Park_Street_Circuit_in_Melbourne%252C_Australia.svg.png&w=640&q=50)
Grand Prix Australia 2011
From Wikipedia, the free encyclopedia
Grand Prix Australia 2011 (nama rasmi: 2011 Formula 1 Qantas Australian Grand Prix)[1] merupakan sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Albert Park di Melbourne pada 27 Mac 2011. Ia merupakan perlumbaan ke-76 dalam sejarah Grand Prix Australia, yang bermula dengan 100 Miles Road Race pada tahun 1928. Mula-mula dirancangkan sebagai perlumbaan kedua dalam kalendar Formula Satu musim 2011, ia menjadi perlumbaan pembuka musim ekoran pembatalan Grand Prix Bahrain akibat ketegangan awam di negara itu.[2]
Maklumat perlumbaan | ||
---|---|---|
Perlumbaan ke-1 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2011. | ||
![]() | ||
Tarikh | 27 Mac 2011 | |
Nama rasmi | 2011 Formula 1 Qantas Australian Grand Prix | |
Lokasi | Melbourne Grand Prix Circuit, Melbourne, Australia | |
Litar | Litar jalanan sementara 5.303 km (3.295 batu) | |
Jarak | 58 pusingan, 307.574 km (191.12 batu) | |
Cuaca | Cerah | |
Petak pertama | ||
Pemandu | ![]() |
Red Bull-Renault |
Masa | 1:23.529 | |
Pusingan terpantas | ||
Pemandu | ![]() |
Ferrari |
Masa | 1:28.947 pada pusingan ke-55 | |
Podium | ||
Pertama | ![]() |
Red Bull-Renault |
Kedua | ![]() |
McLaren-Mercedes |
Ketiga | ![]() |
Renault |
Perlumbaan sebanyak 58 pusingan ini dimenangi oleh Juara Dunia bertahan, Sebastian Vettel bagi pasukan Red Bull Racing, setelah bermula dari petak pertama. Lewis Hamilton mendapat tangga kedua untuk McLaren, manakala Vitaly Petrov dari Renault mendapat tempat ketiga untuk mendapat podium pertama dalam kerjayanya.[3]