From Wikipedia, the free encyclopedia
Menanti Februari ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz.[1] Drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 3 April 2017 hingga 8 Mei 2017 menggantikan Kerana Anisa.[2][3]
Menanti Februari | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Keyroll Kiasan |
Ditulis oleh | Mohd Shahremy Ikmal |
Pengarah | Ayie Mustafa |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Sakit" oleh iamNEETA |
Lagu penutup | "Sakit" oleh iamNEETA |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Shariffa Zainab Syed Wadzid Ali |
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi | Irwan Munir |
Syarikat penerbitan | Sha's Media |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 3 April 2017 – 8 Mei 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kerana Anisa |
Diikuti oleh | Andainya Takdir |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bula Februari. Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.
Menanti Februari menjalani penggambaran pada November 2016, antara lokasi penggambaran termasuk Langkawi, Kedah. Penggambran turut dijalankan di sekitar ibu kota dan Tapah, Perak.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.