From Wikipedia, the free encyclopedia
Memerang licin (nama saintifik: Lutra perspillata[2]) ialah spesies memerang ditemukan di subbenua India dan Asia Tenggara, dengan populasi terpisah di Iraq.[1]
Memerang licin | |
---|---|
Seekor memerang licin di Borneo | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | Karnivor |
Keluarga: | Mustelidae |
Genus: | Lutrogale |
Spesies: | perspicillata |
Nama binomial | |
Lutra perspicillata (I. Geoffroy Saint-Hilaire, 1826) | |
Smooth-coated otter range | |
Sinonim | |
Lutra perspicillata |
Spesies memerang ini terjejas rentan menurut Senarai Merah IUCN sejak 1996 kerana ancaman daripada pencemaran dan perosakan habitat asal serta pemburuan haram.[1]
Memerang ini pernah hampir pupus di Singapura kerana keadaan persekitaran sungai-sungainya yang penuh sampah sarap, kumbahan dan bangkai. Kempen pembersihan sungai diadakan serata negara pulau itu tahun 1977; mutu air menjadi bertambah baik sehingga menarik perhatian banyak memerang meningkatkan populasi di sana sejak 1998.[3]
Memerang ini aktif sepanjang waktu siang hari sambil berehat waktu tengah hari.[4][5]
Kawanan memerang di kawasan berdekatan kependudukan manusia seperti di Singapura membiasakan diri dengan persekitaran bandar; kawanan memerang-memerang ini sering bersarang di kawasan peruk bawah bangunan serta didapati melintasi dari satu pembetung ke satu pembetung menggunakan tangga buatan manusia[6][3] Kawasan yang dipilih dan dijaga seseekor memerang sering ditandakan dengan semburan air kencing atau tempekan najis ditinjakan sendiri.[4][5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.