From Wikipedia, the free encyclopedia
Mat Tudung merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Waan Hafiz terbitan Showbiz Productions. Ia dibintangi oleh Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam, ditayangkan pada 28 Julai 2014.[1]
Mat Tudung | |
---|---|
Pengarah | Waan Hafiz |
Penulis | Louise Manjaji
Nurulsyahida Mohd Fadzil Thani Waan Hafiz |
Dihasilkan oleh | Zarina A. Rahman |
Dibintangi | Fizz Fairuz Nelydia Senrose Izzue Islam |
Sinematografi | Mohd Shaufe A. Wahib |
Disunting oleh | Ezarisyirwan Basri |
Muzik oleh | Akhadiat Denny Prazudikusumo |
Syarikat penerbitan | Showbiz Productions |
Diedarkan oleh | TGV Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM1.5 juta |
Pecah panggung | RM1 juta |
Prekuel, Mat Tudung Begin, telah dikeluarkan pada 3 Ogos 2023.
Mengisahkan seorang mat rempit bernama Johari yang telah jatuh cinta kepada gadis bertudung yang sukar didekati bernama Zizie. Bagi mendapatkan Zizie, Johari telah menyamar sebagai 'adik perempuan' Johari iaitu gadis bertudung bernama Johanna. Zizie akhirnya mula terbuka untuk mengenali Johari dan akhirnya seluruh keluarga Zizie menyukai Johari dan Johanna dalam masa yang sama.
Mat Tudung diarahkan oleh Waan Hafiz dan diterbitkan oleh Showbiz Productions yang sebelum ini menerbitkan filem Hantu Kapcai (2012). Kos pembikinan filem ini berjumlah RM1.5 juta termasuk promosi.[2]
Fizz Fairuz yang terkenal dengan peranan televisyen dan filem, memegang watak sebagai Johari, seorang mat rempit yang menyamar sebagai Johanna. Semasa filem ini diterbitkan Fizz bertengkar dengan pengarahnya, Waan Hafiz kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya memasukkan beberapa babak yang dirasakan tidak perlu dimuatkan dalam Mat Tudung.[3][4] Nelydia Senrose yang terkenal dengan peranan lakonannya seperti Setia Hujung Nyawa memegang watak sebagai Zizie. Penggambaran filem ini dijalankan selama 13 hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Port Dickson.
Mat Tudung dikeluarkan pada 28 Julai 2014 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, serentak dengan Tembus arahan Ahmad Idham.[5]
Mohd Al-Qayum Azizi mengulas untuk mStar Online menyifatkan Mat Tudung sebagai “…sebuah karya yang menghiburkan dan paling penting ia bakal mendapat sambutan daripada penonton kerana genre yang diangkat memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.”[2]
Lagu tema filem ini, "Bidadari" dinyanyikan oleh Tyco. Ia dicipta dan ditulis oleh Edry Abdul Halim.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.