![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/2a/Mastercard-logo.svg/langms-640px-Mastercard-logo.svg.png&w=640&q=50)
MasterCard
From Wikipedia, the free encyclopedia
MasterCard (tulisan Jawi : مسترکارد; NYSE: MA) ialah sebuah perkhidmatan kad kredit antarabangsa sejak 1966 (sebagai "Master Charge The Interbank Card"). MasterCard pertama kali dilancarkan di Purchase, New York, Amerika Syarikat pada tarikh 16 Disember 1966 sebagai Master Charge The Interbank Card, dan dilancarkan secara rasmi pada tarikh 16 Disember 1979 sebagai MasterCard. Ibu pejabatnya berada di Purchase, New York, Amerika Syarikat dan O'Fallon, Missouri, Amerika Syarikat sebagai MasterCard International Global Headquarters (Ibu Pejabat Antarbangsa MasterCard). MasterCard dikeluarkan oleh lebih 25,000 syarikat perbankan di mana-mana negara di seluruh dunia.
![]() | Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (Jun 2022) |
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | NYSE: MA S&P 500 |
ISIN | US57636Q1040 ![]() |
Industri | Kewangan |
Ditubuhkan | (1966-12-16) 16 Disember 1966 (umur 57) (sebagai Master Charge The Interbank Card) (1979-12-16) 16 Disember 1979 (umur 44) (sebagai MasterCard) |
Ibu pejabat | MasterCard International Global Headquarters Purchase, New York, ![]() |
Tokoh penting | Richard N. Haythornthwaite (Ketua) Ajaypal Singh Banga (Pengarah Utama & CEO) |
Keluaran | Kad pembayaran (kad kredit, kad debit, kad prabayar), Sistem pembayaran |
Hasil | ▲ US$ 7.391 billion (2012)[1] |
Pendapatan kendalian | ▲ US$ 3.937 billion (2012)[1] |
Pendapatan bersih | ▲ US$ 2.759 billion (2012)[1] |
Modal | 354,350,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) ![]() |
Jumlah aset | ▲ US$ 12.462 billion (2012)[1] |
Jumlah ekuiti | ▲ US$ 6.917 billion (2012)[1] |
Bilangan kakitangan | 6,700 (2011)[1] |
Syarikat induk | Syarikat perbankan di California Interbank Card Association |
Anak syarikat | Mastercard (Belgium), Mastercard (United Kingdom), Ekata, Inc. ![]() |
Tapak web | www.mastercard.com![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Maksud pelancaran MasterCard (ketika itu sebagai "Master Charge The Interbank Card") di California ialah untuk berlumba dengan BankAmericard yang dikeluarkan oleh Bank of America, yang seterusnya mengeluarkan kad kredit VISA yang dikeluarkan pada tarikh 1 Julai 1970. Pada mula pelancarannya, antara tahun 1966 sehingga 1979, MasterCard ketika itu lebih dikenali sebagai "Master Charge" ataupun "Interbank" (supaya jenama "Master Charge The Interbank Card" lebih dikenali).
Pada September 2022, Mastercard memperoleh hak penajaan tajuk untuk semua perlawanan antarabangsa dan domestik yang diadakan di rumah yang dianjurkan oleh Lembaga Kawalan Kriket India.[2][3]