Bank of America
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bank of America Corporation (NYSE: BAC) ialah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan, syarikat pemegang bank terbesar di Amerika Syarikat dari segi aset, dan bank kedua terbesar dari segi permodalan pasaran.[3][4][5][6] Bank of America berkhidmat di lebih 150 negara, dan menjalin hubungan dengan 99% daripada syarikat A.S. dalam senarai Fortune 500 dan 83% syarikat Fortune Global 500. Syarikat ini adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (Federal Deposit Insurance Corporation, FDIC) dan sebuah komponen Indeks S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average.[7][8][9]
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | |
ISIN | US0605051046 |
Industri | |
Pendahulu | Bank America NationsBank |
Ditubuhkan | 17 Oktober 1904; 119 tahun yang lalu (1904-10-17) (sebagai Bank of Italy) September 1998; 25 tahun yang lalu (1998-09) (sebagai Bank of America menerusi pemerolehan Nationsbank) |
Pengasas | Amadeo Giannini |
Ibu pejabat | Charlotte, Carolina Utara, A.S. |
Kawasan perkhidmatan | International service |
Tokoh penting | |
Keluaran | Perbankan pengguna, perbankan korporat, insurans, perbankan pelaburan, pinjaman gadai janji, perbankan swasta, ekuiti swasta, pengurusan kekayaan, kad kredit |
Hasil | ▲ US$87.352 bilion (2017)[1] |
Pendapatan kendalian | 18,995,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2020) |
Pendapatan bersih | ▲ US$18.232 bilion (2017)[1] |
Modal | 232,000,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2017) |
Jumlah aset | ▲ US$2.281 trilion (2017)[1] |
Jumlah ekuiti | ▲ US$267.146 bilion (2017)[1] |
Pemilik | Berkshire Hathaway (6.6%)[2] |
Bilangan kakitangan | 209,000 (2017)[1] |
Pembahagian | Bank of America Merrill Lynch |
Anak syarikat | Merrill Lynch Merrill Edge U.S. Trust |
Nisbah modal | 11.8% (2017)[1] |
Rating | Moody's: Baa1 S&P: BBB Fitch: A |
Tapak web | bankofamerica.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Pembelian syarikat Merrill Lynch pada tahun 2008 menjadikan Bank of America pengurus kewangan terbesar di dunia dan sebuah kuasa besar dalam industri perbankan pelaburan.[10]
Syarikat ini memegang 12.2% dari kesemua deposit A.S., tepat pada Ogos 2009,[11] di samping menjadi satu daripada Empat Bank Terbesar di Amerika Syarikat, bersama tiga pesaing terketatnya, iaitu Citigroup, JPMorgan Chase dan Wells Fargo.[12][13][14][15][16][17][18][19]