Pemain bola sepak Australia From Wikipedia, the free encyclopedia
Massimo Corey Luongo (lahir 25 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Australia yang bermain untuk Swindon Town.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Massimo Corey Luongo[1] | ||
Tarikh lahir | 25 September 1992 | ||
Tempat lahir | Sydney, New South Wales, Australia | ||
Ketinggian | 1.76 m (5 ka 9 5⁄16 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Swindon Town | ||
Nombor | 4 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2010 | APIA Leichhardt Tigers | ||
2011 | Tottenham Hotspur | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2011–2013 | Tottenham Hotspur | 0 | (0) |
2012 | → Ipswich Town (pinjam) | 9 | (0) |
2013 | → Swindon Town (pinjam) | 7 | (1) |
2013 | → Swindon Town (pinjam) | 5 | (2) |
2013– | Swindon Town | 67 | (8) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011 | Australia B20 | 2 | (0) |
2014– | Australia | 10 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Disember 2014 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 01:00, 27 Januari 2015 (UTC) |
Luongo dilahirkan di Sydney. Luongo menyertai Tottenham Hotspur pada bulan Januari 2011 selepas menjalani ujian percubaan. Dia kemudiannya membuat sembilan penampilan untuk pasukan bawah-18 ketika musim 2010-11 Liga Perdana Inggeris Akademi, menjaringkan tiga gol. Dia membuat satu-satunya penampilan untuk pasukan utama pada 20 September 2011 ketika kekalahan 7–6 menerusi sepakan penalti kepada Stoke City dalam Piala Liga, menggantikan Sandro selepas 70 minit.[3] Luongo gagal menyempurnakan penalti ke-8 Tottenham menyebabkan kekalahan mereka.
Pada 23 Julai 2012, Luongo menyertai kelab Championship, Ipswich Town secara pinjaman sebulan untuk musim 2012–13.[4] Perpinjaman itu dibatalkan pada 9 November selepas pengurus baru Ipswich, Mick McCarthy berkata dia mahukan seorang 'pemain dengan jenis yang berbeza'.[5]
Pada 28 Mac 2013, Luongo menyertai Swindon Town secara pinjaman bersama-sama pelatih Spurs, Nathan Byrne dan Dean Parrett.[6] Keesokan harinya, dia terus berada dalam skuad untuk berhadapan dengan Oldham dan bermain 90 minit penuh ketika seri 1–1.[7]
Luongo menjaringkan gol pertamanya untuk Swindon ketika kemenangan 4–1 ke atas Crewe. Dia sekali lagi menjaringkan gol ketika seri 1–1 dalam perlawanan play-off separuh akhir Liga Satu menentang Brentford.
Luongo menyertai Swindon Town secara pinjaman semusim pada 2 Julai 2013 dan diberi jersi bernombor 4.[8] Walau bagaimanapun, pada 31 Ogos 2013, Swindon menandatangani Luongo secara tetap atas kontrak selama tiga tahun selepas bersetuju dengan yuran sebanyak £400,000 kepada Spurs.[9]
Luongo layak mewakili sama ada untuk pasukan kebangsaan Australia melalui tempat kelahirannya, pasukan kebangsaan Itali melalui ayahnya atau Pasukan kebangsaan Indonesia melalui ibunya.
Dia telah mewakili pasukan Australia bawah-20 tetapi tidak dipilih untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2011. Luongo telah dipanggil ke kem latihan di Eropah dengan pasukan kebangsaan senior.[10]
Massimo Luongo membuat penampilan sulungnya untuk Socceroos sebagai pemain gantian ketika kekalahan 3–4 kepada Ecuador di The New Den.[11]
Luongo telah dipilih ke dalam skuad 23 pemain Australia untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil oleh pengurus, Ange Postecoglou.[12]
Luongo juga dipilih ke dalam skuad 23 pemain untuk Piala Asia yang akan dimainkan di tempat sendiri di Australia.[13] Rakan sepasukan Swindon Town, Yaser Kasim juga dipanggil oleh negaranya, Iraq, bermakna Swindon akan beraksi tanpa dua pemain tengah mereka selama sebulan. Dia kemudiannya menjaringkan gol untuk Australia ketika kemenangan 4–1 ke atas Kuwait dalam perlawanan pembukaan kejohanan dan membuat bantuan gol kepada Tim Cahill untuk gol pertama Australia. Dia kemudiannya dinamakan pemain terbaik perlawanan.
Luongo juga bermain dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Australia menentang Oman dimana dia membuat bantuan gol kepada Robbie Kruse untuk gol kedua Australia dan mereka menang 4–0.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Lain-lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Tottenham Hotspur | 2011–12 | Liga Perdana Inggeris | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 1 | 0 |
Ipswich Town | 2012–13 | Championship | 9 | 0 | 0 | 0 | 2 | 1 | 0 | 0 | 11 | 1 |
Swindon Town | 2012–13 | League One | 7 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | 9 | 1 |
2013–14 | 44 | 6 | 1 | 0 | 3 | 0 | 5 | 0 | 53 | 6 | ||
2014–15 | 21 | 3 | 1 | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | 24 | 3 | ||
Jumlah Swindon | 72 | 10 | 2 | 0 | 5 | 0 | 7 | 0 | 86 | 10 | ||
Jumlah keseluruhan | 81 | 10 | 2 | 0 | 8 | 1 | 7 | 0 | 98 | 11 |
# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 9 Januari 2015 | Stadium Melbourne Rectangular, Melbourne, Australia | Kuwait | 2–1 | 4–1 | Piala Asia AFC 2015 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.