From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid-Madrasah Sultan Hassan atau Masjid Sultan Hassan ialah sebuah masjid dan madrasah besar Mamluk yang dibina berdekatan Kota Kubu Kaherah. Pembinaannya bermula pada tahun 757 H/ 1356 M dan tamat tiga tahun kemudian "tanpa kehilangan sehari pun akibat kemalasan". [1] Pada waktu pembinaannya, masjid ini dikagumi kerana saiznya dan unsur-unsur seni bena yang inovatif. Taqi al-Din al-Maqrizi (1364 – 1442 M), seorang sejarawan Mesir, memerhatikan bahawa masjid yang dibina seorang sultan yang tidak ternama ini mengandungi beberapa "binaan yang menakjubkan".[1] Misalnya, masjid ini direka agar dapat memuatkan keempat-empat mazhab ahli Sunah: Shafi'i, Maliki, Hanafi dan Hanbali.
Setiap iwan atau dewan dikhususkan bagi setiap mazhab. Kawasan di antara dan di belakang setiap dewan digunakan untuk madrasah setiap mazhab, lengkap dengan laman dalam dengan pancutan air dan bilik tiga tingkat bagi kegunaan penuntut dan syeikh. [2][3] Pintu masuk madrasah terletak pada sudut setiap iwan.[4]
Masjid dibina berdekatan Kubu Kota Mesir (juga dikenali sebagai Kubu Kota Salahuddin) (Arab: قلعة صلاح الدين Qalaʿat Salaḥ ad-Din), pada tapak Istana Yalbugha al Yahawws. Ini bertujuan memberi sultan pemandangan yang selesa dari istananya di dalam Kubu Kota.
Terdapat sebidang tanah lapang di antara masjid dan Kubu Kota pada Zaman Pertengahan,[5] yang memjadikan masjid ini penting dari segi strategi. Ibn Ilyas melaporkan bahawa para pemberontak Mamluk menngunakan masjid sebagai kubu bagi menyerang Kubu Kota. Al-Maqrizi mencatat, "sebaik sahaja terdapat pergeseran antara rakyat dengan negara, beberpa orang amir memanjat ke bahagian atas masjid dan menyerang Kubu Kota dari situ".[1] Sultan Janbulat cuba merobohkan masjid oleh sebab ini, tetapi tidak tidak berjaya selepas mencuba selama tiga hari dan memberhentikan usaha perobohan. Al-Maqrizi juga mencatatkan bahawa Sultan Barquq (sultan pertama dinasti Burji Mamluk) memusnahkan tangga kepada dua menara supaya tidak dapat digunakan untuk menyerang Kubu Kota.
Saiz yang amat membezakan masjid ini daripada binaan lain. Al-Maqrizi menyatakan bahawa iwan ("dewan") amat tinggi dan berukuran 65 cubit, lima kali ganda lebih besar daripada sebuah masjid yang besar, Iwan Kusraw di Al-Mada'in, Iraq.[1]
Ada beberapa ciri unik masjid yang harus diperhatikan: Al-Maqrizi mencatatkan bahawa kubah besar tidak ada tandingan di Mesir, Syria, Maghreb, atau Yemen. Mahupun dindingnya tebal, kubah dibuat daripada kayu. Bentuk kubah masjid luar biasa , yakni merupai bentk telur. Tataatur makam di antara dua menara dianggap baharu. Rancangan asal ialah untuk membina empat menara, tetapi tidak dilakukan. Jumlah menara dikira luar biasa buat sebuah masjid; sama juga dengan reka bentuk dua menara pada pintu gerbang, dan saiz masjid yang besar yang jarang ditemui. Masjid juga merupakan satu-satnya contoh penggunaan seni chinoiserie dalam seni bina Mamluk.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.