From Wikipedia, the free encyclopedia
Masakan Itali (Jawi: ماسقن ايطالي) ialah makanan khas di Itali. Ia telah berkembang melalui perubahan sosial dan ekonomi berabad-abad lamanya, dengan akar asal usulnya dijejak kembali ke zaman dahulu.[1]
Perubahan yang ketara berlaku dengan penemuan dan pengenalan kentang, tomato, lada benggala, jagung dari benua Amerika serta bit gula dengan yang terakhir itu diperkenalkan pada abad ke-18.[2][3] Masakan Itali terkenal dengan kepelbagaian wilayahnya, terutama di antara utara dan selatan semenanjung Itali.[4][5][6] Ia menawarkan banyak rasa, dan merupakan salah satu yang paling popular dan ditiru di seluruh dunia.[7] Ia mempengaruhi beberapa masakan di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat.[8] Batasan pemakanan mengikut agama turut menerbitkan cara masakan setempat tersendiri seperti masyarakat Yahudi Rum yang menggantikan daging babi dengan daging lembu sambil menggantikan mentega dengan minyak zaitun seiring hukum kasyrut.[9]
Masakan Itali umumnya dicirikan oleh kesederhanaannya, dengan kebanyakan hidangan yang hanya mempunyai dua hingga empat ramuan utama.[10] Tukang masak Itali bergantung terutamanya kepada kualiti bahan daripada penyediaan rumit.[11] Ramuan dan hidangan adalah berbeza mengikut rantau. Banyak hidangan yang dahulunya makanan serantau telah berkembang dengan variasi di seluruh negara.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.