Masakan Amerika Syarikat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Masakan Amerika Syarikat (Jawi: ماسقن اميريکا شريكتcode: ms is deprecated ) mencerminkan sejarahnya. Penjajahan Eropah di Amerika memperkenalkan banyak bahan dan cara masakan. Pelbagai gaya terus berkembang dengan baik pada abad ke-19 dan ke-20 seiring dengan kemasukan pendatang dari pelbagai negara. Kemasukan mereka membawa kepada kepelbagaian dalam penyediaan makanan di seluruh Amerika Syarikat.
Penduduk asli Amerika awal menggunakan beberapa kaedah memasak dalam masakan Amerika yang awal yang dicampur dengan kaedah memasak awal Eropah untuk membentuk asas masakan Amerika. Apabila penjajah datang ke tanah jajahan, mereka menternak haiwan untuk pakaian dan daging dengan cara yang sama mereka lakukan di Eropah. Mereka mempunyai masakan yang sama dengan masakan British. Diet penjajah Amerika dipelbagaikan bergantung kepada kawasan yang didiami oleh mereka. Biasanya binatang buruan termasuk rusa, beruang, bison dan ayam belanda liar. Lemak dan minyak daripada binatang ini digunakan juga untuk memasak banyak makanan. Sebelum Revolusi, penduduk New England meminum rum dan bir dalam kuantiti yang banyak. Berikutan perdagangan maritim, mereka boleh mendapatkan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan rum dengan mudah. Rum ialah sulingan arak pilihan, dengan bahan utamanya, molases, mudah didapati melalui perdagangan dengan Hindia Barat. Berbanding dengan jajahan utara, tanah jajahan selatan agak pelbagai dalam diet pertanian mereka dan tidak mempunyai budaya utama.
Semasa abad ke-18 dan ke-19, Amerika mengembangkan banyak makanan baru. Semasa Era Progresif (1890-an – 1920-an) pengeluaran dan persembahan makanan menjadi lebih komersial. Salah satu ciri masakan Amerika adalah gabungan pelbagai pendekatan etnik atau serantau ke dalam cara masakan yang baru. Golongan jurumasak selebriti bermula dengan Julia Child dan Graham Kerr. Pada 1970-an, lebih ramai mula menonjol selepas kebangkitan saluran kabel seperti Food Network.