Markas Tengah Amerika Syarikat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Markas Pemerintahan Tengah Amerika Syarikat (USCENTCOM atau CENTCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan mengambil alih tanggungjawab sebelumnya dari Pasukan Petugas Aturgerak Cepat Bersama (RDJTF).
Markas Pemerintahan Tengah Amerika Syarikat | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1983 |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Markas medan bersepadu |
Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan |
Ibupejabat | Pangkalan Tentera Udara MacDill Tampa, Florida, A.S. |
Nama samaran | CENTCOM |
Pertempuran | Perang Teluk Parsi Perang Iraq Perang di Afghanistan Operasi Inherent Resolve |
Komander | |
Panglima Medan | Jeneral Michael Kurilla, USA |
Timbalan Panglima | Leftenan Jeneral Gregory Guillot, USAF[1] |
Komander terkenal | Jeneral David Petraeus Laksamana William Fallon Jeneral John Abizaid Jeneral Tommy Franks Jeneral Anthony Zinni Jeneral Jim Mattis Jeneral Norman Schwarzkopf Jeneral Lloyd Austin |
Tanda kebesaran | |
Lencana pengenalan khidmat tempur (Tentera Darat A.S. sahaja) |
Kawasan Tanggungjawab CENTCOM merangkumi Timur Tengah, termasuk Mesir di Afrika, dan Asia Tengah, terutamanya Afghanistan dan Iraq. Pemerintahan ini menjadi penggerak utama Amerika dalam kebanyakan operasi ketenteraan, seperti Perang Teluk (Operasi Desert Storm, 1991), Perang di Afghanistan, dan Perang Iraq (2003–2011). Pada tahun 2015, tentera CENTCOM digerakkan sepenuhnya di Afghanistan (Operasi Freedom Sentinel, sebahagian dari Misi Bantuan Resolute NATO, 2015–kini), Iraq dan Syria (Operasi Inherent Resolve, 2014–kini) dalam peranan menyokong, membantu dan memberi nasihat.
Pada 1 April 2022, Panglima CENTCOM ialah Jeneral Michael Kurilla, dari Tentera Darat AS.
Daripada semua enam markas medan bersepadu serantau Amerika, CENTCOM adalah di antara tiga markas yang mempunyai ibupejabat di luar kawasan operasi (lagi dua ialah USAFRICOM dan USSOUTHCOM). Ibupejabat CENTCOM terletak di Pangkalan Tentera Udara MacDill, di Tampa, Florida. Sebuah ibupejabat hadapan telah didirikan pada tahun 2002 di Kem As Sayliyah di Doha, Qatar, yang pada 2009 beralih ke ibupejabat hadapan di Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar.