pemain bola sepak Itali From Wikipedia, the free encyclopedia
Marco Benassi (lahir 8 September 1994) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Fiorentina.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Marco Benassi | ||
Tarikh lahir | 8 September 1994 | ||
Tempat lahir | Modena, Itali | ||
Ketinggian | 1.84 m (6 ka 3⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Midfielder | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Fiorentina | ||
Nombor | 24 | ||
Kerjaya remaja | |||
2007–2011 | Modena | ||
2011–2012 | Internazionale | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2012–2014 | Internazionale | 6 | (0) |
2013–2014 | → Livorno (pinjam) | 20 | (2) |
2014–2017 | Torino | 85 | (11) |
2017– | Fiorentina | 83 | (13) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011–2012 | Itali B18 | 8 | (1) |
2012–2013 | Itali B19 | 13 | (1) |
2013–2017 | Itali B21 | 27 | (6) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Februari 2020 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Jun 2017 |
Benassi memulakan kariernya bersama kelab di kampung halamannya, Modena. Pada Januari 2011, Benassi telah menyertai Internazionale melalui rundingan sementara. Selepas menghabiskan masa selama setengah musim bersama pasukan bawah-17 Inter, beliau telah dibawa masuk secara tetap ke Inter melalui pemilikan bersama dengan jumlah 180,000 euro.[1] Benassi merupakan anggota pasukan bawah-18 dan bawah-19 Inter bagi musim 2011-12 yang menjuarai liga Primavera dan gelaran Eropah, NextGen Series. Beliau juga beraksi untuk pasukan bawah-18 pada pusingan play-off liga dengan memenangi liga Berretti.
Benassi telah terpilih untuk menyertai kem latihan musim panas oleh bekas jurulatihnya ketika bersama pasukan bawah-19, Andrea Stramaccioni yang memenangi kejohanan Trofi TIM pada pra-musim. Beliau juga dimasukkan ke dalam skuad utama Inter yang menghadapi kejohanan Liga Europa UEFA 2012–13 kerana UEFA menetapkan empat orang pemain kelab perlu berasal dari akademi kelab sendiri.[2] Pada Oktober 2012, beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun.[3]
Benassi melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 22 November 2012 pada aksi menentang kelab Rusia, Rubin Kazan dengan beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan. Pada 12 Januari 2013, beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie A ketika pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Pescara. Pada 21 Februari 2013, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Inter semasa menentang CFR Cluj.
Pada 9 Julai 2013, beliau telah berpindah ke Livorno secara pinjaman dan melakukan penampilan sulungnya pada 17 Ogos ketika menewaskan Siena 1-0 pada kejohanan Coppa Italia. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Livorno di Serie A pada 26 Januari 2014 ketika menentang Sassuolo sebelum menghasilkan jaringan gol keduanya pada musim ini pada 16 Mac semasa menentang Bologna.
Pada 1 Julai 2014, Benassi secara rasminya diumumkan berpindah ke Torino di bawah rundingan pemilikan bersama yang sebahagian daripada rundingan perpindahan Danilo D'Ambrosio ke Inter pada Januari.[4][5][6][7] Benassi melakukan penampilan sulungnya untuk Granata dengan beraksi sebagai pemain gantian pada pusingan ketiga kejohanan Liga Europa menundukkan kelab Sweden, Brommapojkarna 3-0.[8] Pada 18 Januari 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Torino semasa menentang Cesena. Beliau menjaringkan gol sekali lagi pada 8 Mac selepas beliau beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Alessandro Gazzi ketika menentang Udinese. Beliau kembali menjaringkan gol semula pada hari terakhir musim menewaskan Cesena 5–0.
Pada 25 Jun 2015, apabila tempoh pemilikan bersama telah berakhir, Torino memperoleh sebahagian lain daripada kontrak Benassi yang berjumlah tambahan sebanyak 3.3 juta euro[9] selepas memenangi lelongan yang mengalahkan tawaran 2.9 juta yang dibuat oleh Nerazzurri.[10][11] Pada permulaan musim keduanya di Torino, Benassi menukarkan nombor jersinya dari 94 kepada 15. Ketika pasukannya mengatasi Palermo pada 27 September 2015, Benassi menghasilkan jaringan gol voli cantik yang mengingatkan jaringan klasik Marco van Basten pada perlawanan akhir Euro 1988.[12][13][14] Pada 7 Februari 2016, beliau membuka akaun jaringannya pada aksi menentang Chievo Verona.[15] Beliau menamatkan musim itu dengan beraksi dalam 32 perlawanan dan menjaringkan tiga gol.
Beliau menjaringkan gol sulungnya pada musim 2016–17 semasa Torino menundukkan Fiorentina 2-1 pada 2 Oktober 2016. Pada perlawanan itu juga, beliau memakai lilitan kapten pasukan buat pertama kali dalam kariernya.[16]
Pada 9 Ogos 2017, Fiorentina telah mengumumkan bahawa Benassi dibawa masuk ke kelab itu dengan menandatangani kontrak selama lima tahun.[17]
Benassi beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah Bawah-19 2013.[18] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 pada 14 Ogos 2013 ketika di bawah kendalian Luigi Di Biagio untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Slovakia. Dari 10 hingga 12 Mac 2014, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan senior oleh ketua jurulatih Cesare Prandelli sebagai usaha untuk menilai pemain-pemain muda bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2014.[19]
Beliau telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 yang berlangsung di Republik Czech. Beliau telah menjaringkan dua gol pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang England.[20] Benassi seterusnya mula memakai lilitan kapten pasukan bawah-21 Itali.
Pada Mei 2016, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan senior oleh jurulatih Antonio Conte sebagai persediaan menghadapi kejohanan UEFA Euro 2016. Beliau telah dimasukkan ke dalam senarai sementara 30 orang pemain yang bakal layak mengambil bahagian dalam kejohanan itu.[21] Pada 31 Mei, beliau telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada tiga orang pemain simpanan untuk skuad senior yang bertanding ke Euro 2016.[22] Pada 7 Oktober, beliau telah dipanggil sekali lagi tetapi kali ini oleh jurulatih Gian Piero Ventura untuk menggantikan Riccardo Montolivo yang tercedera bagi menghadapi kejohanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Macedonia.[23]
Pada Jun 2017, beliau telah terpilih ke dalam pasukan bawah-21 yang layak ke Kejohanan Eropah 2017 oleh pengurus Di Biagio.[24] Itali telah disingkirkan oleh Sepanyol pada peringkat separuh akhir pada 27 Jun berikutan kekalahan 3-1.[25]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Internazionale | 2012–13 | 6 | 0 | 3 | 0 | 4[lower-alpha 1] | 1 | — | 13 | 1 | |
Livorno | 2013–14 | 20 | 2 | 1 | 0 | — | 21 | 2 | |||
Torino | 2014–15 | 25 | 3 | 0 | 0 | 11[lower-alpha 1] | 0 | 36 | 3 | ||
2015–16 | 32 | 3 | 1 | 1 | — | 33 | 4 | ||||
2016–17 | 28 | 5 | 1 | 0 | 29 | 5 | |||||
Jumlah | 85 | 11 | 2 | 1 | 11 | 0 | — | 98 | 12 | ||
Fiorentina | 2017–18 | 35 | 5 | 2 | 0 | — | 37 | 5 | |||
2018–19 | 32 | 7 | 4 | 2 | 36 | 9 | |||||
2019–20 | 16 | 1 | 4 | 2 | 20 | 3 | |||||
Jumlah | 83 | 13 | 10 | 4 | — | 93 | 17 | ||||
Jumlah kerjaya | 194 | 26 | 16 | 5 | 15 | 1 | — | 225 | 32 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.