From Wikipedia, the free encyclopedia
Mandu adalah sejenis ladu dalam masakan Korea. Ia menyerupai pelmeni dan pierogi dalam budaya Slavik. Namanya mempunyai asal dengan ladu berisi daging di sepanjang Jalan Sutera di Asia Tengah, seperti manti Turkish dan manty Kazakh. Mantou cina juga asalnya ialah ladu berinti daging tetapi kini ia lebih merujuk kepada ban kukus tanpa inti.[1][2][3]
Mandu | |
---|---|
Jenis | Ladu |
Tempat asal | Dinasti Goryeo (kini Korea) |
Bahan utama | Doh |
sunting · sunting di Wikidata |
Dalam masakan Korea, mandu sering dikaitkan dengan sejenis ladu yang serupa dengan buuz Mongolia dan mantı Turki, dan jenis-jenisnya mempunyai keserupaan dengan jiaozi Chna dan gyoza Jepun. Jika ladu dipanggang atau digoreng, ia dipanggil gunmandu (군만두); apabila dikukus, jjinmandu (찐만두); dan apabila direbus, mulmandu (물만두). [4]
Mandu lazimnya disaji dengan kimchi, dan sos pencicah yang diperbuat daripada sos soya, cuka dan cili. Ia sering diisi dengan inti dari daging kisar, tauhu, bawang hijau, bawang putih dan halia.[5]
Mandu dipercayai mula dibawa ke Korea oleh orang Mongolia pada abad ke-14 semasa Dinasti Goryeo.[6] Agama rasmi Goryeo ketika itu ialah Buddhisme, yang tidak membenarkan pemakanan daging. Serangan Mongolia ke atas Goryeo menyebabkan larangan tersebut longgar, dan mandu antara makanan import baru yang terkandung daging.
Kebarangkalian lain ialah mandu datang ke Korea pada zaman awal lagi dari Timur Tengah melalui Jalan Sutera. Pakar sejarah menyatakan yang banyak masakan berasaskan gandung, seperti ladu dan mi berasal dari Mesopotamia dan lama kelamaan tersebar dari sana. Ia turut tersebar sepanjang Jalan Sutera, menyebabkan wujudnya pelbagai versi mandu di Asia Tengah dan Timur.[7]
Manduguk ialah sejenis sup Korea (guk) dibuat dengan mandu dalam kuah rebusan lembu. Di istana diraja Korea, makanan ini dipanggil byeongsi (餠匙) sementara di Eumsik dimibang, buku masakan abad ke-17, ia dipanggil "seokryutang" (석류탕).[20]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.