ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Dr. Haji Mamad bin Puteh telah dilahirkan di Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu pada 5 Ogos 1956 dan menetap di Kampung Sungai Petai, Kuala Berang melebihi 30 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Kuala Berang bermula pada tahun 1999 hingga 2004. Beliau sekali lagi bertanding di PRU14 sebagai calon PAS bagi DUN Kuala Berang.[1]
Yang Berhormat Dr. Haji Mamad Puteh SMZ, PJK (Terengganu); MD (UKM) | |
---|---|
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Negeri Terengganu | |
Memegang jawatan 2023 | |
Pengerusi | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli |
Kawasan pilihan raya | Kuala Berang |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Timbalan | Saiful Azmi Suhaili |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Portfolio | Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau |
Kawasan pilihan raya | Kuala Berang |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Kuala Berang | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Tengku Putera Tengku Awang |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Ibrahim Yusof |
Digantikan oleh | Komarudin Abdul Rahman |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu | 5 Ogos 1956
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Hajah Nor Aini Mohamed |
Anak-anak | 6 orang |
Kediaman | Kampung Sungai Petai, Kuala Berang,Hulu Terengganu |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Doktor |
Beliau pernah menjadi doktor pelatih di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1982 hingga 1984. Pada tahun 1984 hingga 1985, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.[perlu rujukan] Kerjayanya diteruskan lagi sebagai pegawai perubatan Hospital Desa Kuala Berang pada tahun 1986 dan seterusnya membuka klinik persendirian beliau iaitu Klinik Mamad Sdn. Bhd. di Kuala Berang.[perlu rujukan]
Kerusi DUN Kuala Berang diramalkan kerusi paling sengit pada PRU14 ini dalam Parlimen Hulu Terengganu kerana tiga nama besar bertembung bagi misi menawan N23. Pertembungan tiga penjuru itu melibatkan penyandang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN), Dr Mamad Puteh (PAS) serta Mohd Nor Othman (PKR). Dr Mamad Puteh telah berjaya menawan kembali DUN 23, Kuala Berang dengan majoriti 1,070.[2]
Dr Mamad yakin mampu menang kerana PAS juga ada kekuatan tersendiri dan PRU10 sebagai salah satu bukti. Menurutnya, berdasarkan isu-isu semasa terutamanya kos beban hidup rakyat yang kian meningkat kini, tidak mustahil sejarah tercipta pada tahun 1999 lalu berulang kembali khususnya di Kuala Berang.[perlu rujukan]
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N23 Kuala Berang | Mamad Puteh | PAS | 4,968 | Abdullah Ismail | BN (UMNO) | 3,124 |
2004 | N23 Kuala Berang | Mamad Puteh | PAS | 4,231 | Komarudin Abdul Rahman | BN (UMNO) | 5,926 |
2018 | N23 Kuala Berang | Mamad Puteh | PAS | 7,707 | Tengku Putera Tengku Awang | BN (UMNO) | 6,637 |
Mohd Nor Othman | PH (PKR) | 969 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.