Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Kerajaan Tempatan di bahagian timur Daerah Gombak dan bahagian utara Daerah Hulu Langat, Selangor / From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah sebuah majlis perbandaran di negeri Selangor, Malaysia. Ditubuhkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993. Ia terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Daerah Hulu Langat dan Daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang, Selangor, keseluruhan Mukim Hulu Kelang, Selangor dan sebahagian Mukim Setapak. Ia juga terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan wilayah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Keluasan kawasan pentadbiran MPAJ : 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar. Pecahan guna tanah adalah hutan - 50.7%, perumahan - 36.4%, kemudahan awam - 5.2%, pertanian - 3.1%, perniagaan - 2.7% Perindustrian - 0.9%. Jumlah penduduk di seluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai 574,300 orang pada tahun 2007 (sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia) dan ia merangkumi 12.7% dari keseluruhan penduduk di Negeri Selangor.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya مجليس ڤربندرن امڤڠ جاي | |
---|---|
MPAJ | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Yang di-Pertua (YDP) | Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim |
Moto | |
Berbakti Bersih Berbudaya | |
Tempat persidangan | |
Menara MPAJ, Pandan Jaya | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |