Kerajaan Tempatan di Daerah Hulu Langat, Selangor From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Perbandaran Kajang ditubuhkan bagi mentadbir kawasan di sekitar Hulu Langat. Sebelum ini Hulu Langat ditadbir secara langsung oleh Pejabat Daerah Hulu Langat yang terletak di Bandar Baru Bangi mukim Kajang.
Majlis Perbandaran Kajang مجليس ڤربندرن كاجڠ | |
---|---|
Majlis Daerah Hulu Langat MPKj | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Yang di-Pertua (YDP) | TUAN NAZLI BIN MD TAIB S.M.S |
Tempat persidangan | |
Menara MPKj Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting |
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari 1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak 1hb. Januari 1986 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih, Mukim Beranang dan Mukim Hulu Langat.
Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.
Majlis Perbandaran Kajang kini mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil / pejabat cawangan iaitu di Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Hentian Kajang Jalan Reko. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang adalah seluas 78,761 hektar (787.61 km persegi).
Majlis Perbandaran Kajang sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sentiasa berusaha mensejahterakan hubungan dengan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan adalah pemegang berkepentingan yang menyusun dasar-dasar yang merangkumi pelbagai aspek perancangan, pembangunan dan pengurusan untuk digunapakai oleh PBT seluruh negara termasuk MPKj.[1]
Misi
Visi
Objektif
Majlis Perbandaran Kajang mentadbir di seluruh mukim di dalam daerah Hulu Langat kecuali mukim Ampang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana mukim Ampang berada terlalu jauh daripada pusat pentadbiran MPKj iaitu di mukim Kajang.
Mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) ialah mukim Cheras, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Hulu Semenyih dan Beranang.
Taman dan kampung di daerah Hulu Langat ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kajang. Pihak Majlis Perbandaran Kajang telah membahagikan kawasan pentadbirannya kepada 18 buah zon seperti berikut:
Zon 1, 2 dan 3
Zon 4, 5 dan 6
Zon 7, 8 dan 9
Zon 10, 11 dan 12
Zon 13, 14 dan 15
Zon 16, 17 dan 18
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.