Daerah Hulu Langat[3] merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia berkeluasan 829 kilometer persegi dan merupakan daerah kelima terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini juga merupakan daerah ketiga paling ramai penduduk di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 1,400,461 orang pada tahun 2020. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :-

Fakta Segera Ulu Langek, Transkripsi lain ...
Hulu Langat
Ulu Langek
Daerah Hulu Langat
Transkripsi lain
  Jawiدايره هولو لاڠت
  Cina乌鲁冷岳县
  Tamilஉலு லங்காட்
Thumb
Lokasi Hulu Langat di Selangor
Thumb
Hulu Langat
Hulu Langat
Lokasi Hulu Langat di Malaysia
Thumb
Hulu Langat
Hulu Langat
Hulu Langat (Asia Tenggara)
Thumb
Hulu Langat
Hulu Langat
Hulu Langat (Asia)
Koordinat: 3°05′N 101°50′E
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatBandar Baru Bangi
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Perbandaran Kajang
(Selatan)
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(Utara)
Pentadbiran
  Pegawai daerahAni Ahmad[1]
  Orang Besar DaerahAbdul Jalil Abdul Rani
Keluasan
  Jumlah829.44 km2 (320.25 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
  Jumlah1,400,461
  Kepadatan1,700/km2 (4,400/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
  Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
43xxx, 55xxx, 56xxx, 68xxx
Kod panggilan+6-03-4, +6-03-8, +6-03-9
Nombor plat kenderaanB
Tutup

Etimologi

Terdapat pelbagai versi pendapat asal-usul nama Hulu Langat. Perkataan "Langat" dipercayai berasal daripada sejenis serangga bernama "langat" yang banyak dijumpai sebelum kampung dan bandar dibina di daerah ini. Pendapat lain mengatakan perkataan tersebut berasal daripada nama sejenis ikan iaitu "selangat". Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan perkataan tersebut diambil daripada nama Sungai Langat yang dinamakan kerana air sungai itu hangat.

Perkataan "hulu" pula bermaksud kawasan yang dalam atau sumber sesuatu sungai.[4]

Sejarah

Kelompok masyarakat pertama yang telah mendiami lembah Langat merupakan orang asli Sakai jauh lebih lama dari masyarakat Melayu. Namun sekitar tahun 1887, pengaruh Melayu telah masuk ke daerah ini setelah direkodkan bahawa masyarakat Sakai pada waktu tersebut dapat berbicara dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Masyarakat tempatan pada waktu itu dikenali sebagai "Besisi" dan terbahagi kepada dua kelompok, "Orang Bukit" yang tinggal di kaki bukit dan "Orang Tanjong" yang tinggal di persisiran sungai.

Hulu Langat asalnya merupakan sebahagian daripada Negeri Sembilan. Pada tahun 1880, Hulu Langat telah diserahkan kepada Selangor di atas pertukaran dengan Lukut. Pada tahun 1855, pekan kecil Rekoh telah menjadi sebuah kawasan perlombongan bijih timah. Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor telah menjemput seorang Kapitan Cina, Chin Ah Chan untuk membuka sebuah kawasan perlombongan di Bukit Arang.

Sekitar 1940 hingga 1950, daerah Hulu Langat merupakan antara kawasan yang paling terjejas akibat serangan komunis. Antara pekan yang teruk terjejas termasuklah Kajang, Bangi, Balakong dan Semenyih. Kerajaan British telah membuka beberapa kampung baru di sekitar daerah bagi mengurangkan pengaruh komunis dalam kalangan penduduk.[4]

Pentadbiran

Daerah Hulu Langat ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Daerah ini juga dibahagikan kepada tujuh mukim, 11 bandar dan 20 pekan.[5]

Thumb

Mukim

  1. Beranang
  2. Cheras
  3. Ampang
  4. Ulu Langat
  5. Ulu Semenyih
  6. Kajang
  7. Semenyih

Bandar dan pekan

Wakil Rakyat

Senarai wakil rakyat di dalam daerah Hulu Langat, Selangor.

Ahli Parlimen

Ahli Dewan Negeri (ADN)

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Hulu Langat ialah seramai 1,400,461 orang dengan kepadatan penduduk 1,681 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 63 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak lapan peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 113:100. Terdapat 431,574 tempat kediaman dengan sebanyak 387,547 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 975 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 390 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 35 ribu orang merupakan warga tua.

Maklumat lanjut Kewarganegaraan, Kaum ...
Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 812,440
Cina 362,293
India 106,092
Lain-lain 8,462
Bukan warganegara N/A 111,174
Tutup
Maklumat lanjut Agama, Jumlah ...
Agama Jumlah %
Islam 889,562 63.5
Buddha 317,630 22.7
Hindu 101,610 7.3
Kristian 64,196 4.6
Lain-lain 18,939 1.4
Tidak beragama 8,091 0.5
Tidak diketahui 433 0.03
Tutup

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.