From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Nicaea Pertama atau Majlis Nikaia Pertama (/naɪˈsiːə/; Yunani: Νίκαια ) ialah majlis perjumpaan uskup-uskup Kristian yang diadakan di kota Bithynia iaitu Nicaea (sekarang İznik, Turki) oleh Maharaja Constantinus I pada tahun 325 Masihi.
Persidangan Kristian ini adalah usaha pertama untuk mencapai kata sepakat dalam gereja melalui sebuah perhimpunan yang mewakili seluruh Dunia Kristian. Hosius dari Corduba bermungkinan telah memimpin persidangan ini.[1] [2]
Pencapaian utamanya adalah penyelesaian masalah Kristologi mengenai sifat ketuhanan Tuhan Anak dan hubungannya dengan Tuhan Bapa, pembinaan bahagian pertama dari Pengakuan Nicea, mewujudkan tarikh sambutan yang seragam untuk Paskah,[3] dan pengumuman hukum kanun awal. [4]
Delegasi datang dari setiap wilayah Empayar Rom, termasuk Britain, dan dari gereja-gereja Kristian yang masih ada di dalam Empayar Sasan.[5] Para uskup yang mengambil bahagian diberi perbelanjaan perjalanan ke dan dari tempat-tempat mereka ke majlis itu, serta penginapan. Uskup juga tidak melakukan perjalanan bersendirian; masing-masing diberi izin untuk membawa dua orang paderi dan tiga orang diakon, sehingga jumlah hadirin melebihi 1,800 orang. Eusebius berbicara tentang kumpulan paderi, diakon, dan akolit yang hampir tidak terkira jumlahnya. Manuskrip Syria menyenaraikan nama-nama uskup timur yang merangkumi dua puluh dua dari Coele-Syria, sembilan belas dari Palestin, sepuluh dari Phoenicia, enam dari Arab, yang lain dari Asyur, Mesopotamia, Parsi, dll.[6][7]
Agenda sinod merangkumi:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.