Macbeth ialah opera empat babak penggubah Giuseppe Verdi ditulis untuk libreto Itali oleh Francesco Maria Piave dan ditambah oleh Andrea Maffei, berdasarkan lakonan pementasan karya Shakespeare yang juga berjudul “Macbeth”.

Maklumat lanjut Senarai Opera Giuseppe Verdi ...
Tutup

Giuseppe Verdi memulakan penulisan muzik untuk opera Macbeth pada 1846-47. Teks libretis Piave ditulis berdasarkan teks terjemahan Carlo Rusconi yang diterbitkan di Turin pada 1838. Verdi tidak mendapat kerja asal Shakespeare sehingga persembahan pertama di Teatro della Pergola di Florence pada Mac 14, 1847.

Latar belakang

20 tahun selepas penulisan opera ini, Verdi diminta untuk menambahkan muzik tambahan untuk persembahan di Théâtre Lyrique di Paris. Permintaan ini memberi beliau peluang untuk merombak keseluruhan opera “Macbeth”. Versi ubah suai “Macbeth” dipersembahkan buat pertama kali pada April 21, 1865 dan versi ubah suai ini kekal sebagai pilihan persembahan opera masa kini.

Versi ubah suai lebih banyak mengikuti cerita asal Shakespeare, namun beliau membuat sedikit perubahan yang lebih menarik. Cerita asal hanya mempuyai 3 ahli sihir wanita, Verdi menukarkan bahagian itu dengan menambah sekumpulan besar ahli sihir wanita dalam bentuk kumpulan koir menyanyi beramai-ramai dalam 3 bahagian harmoni.

Peranan

Maklumat lanjut Peranan, Jenis suara ...
Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
14 Mac 1847[1]
(Konduktor: - )
Versi Semakan
Tayangan pembukaan[2]
19 April 1865
(Konduktor: - )
Macbeth bariton Felice Varesi M. Ismael
Lady Macbeth soprano Marianna Barbieri-Nini Mme Rey-Balla
Banquo bes Nicola Benedetti M. Bilis Petit
Macduff tenor Angelo Brunacci M. Montjauze
Wanita sedang menulis mezzo-soprano Faustina Piombanti Mme Mairot
Malcom tenor Francesco Rossi M. Huet
Doktor bes Giuseppe Romanelli M. Guyot
Orang gaji Macbeth bes
Penyampai pesanan bes
Pembunuh upahan bes Giuseppe Bertini M. Caillot
Tiga roh 2 soprano dan 1 bes
Duncano (Duncan), Raja Scotland tidak menyanyi
Fleanzio (Fleance) tidak menyanyi
Ahli-ahli sihir, penyampai pesanan, orang – orang bangsawan, pelayan-pelayan, pelarian – penyanyi koir
Tutup

Aria-aria terkenal

Thumb
Birgit Nilsson sebagai Lady Macbeth, 1947
  • "Vieni t'affretta" (Marilah segera!) - Lady Macbeth dalam Babak I, Adegan II
  • "Or tutti, sorgete" - Lady Macbeth dalam Babak I, Adegan II
  • "La luce langue" (Cahaya berlalu pergi) - Lady Macbeth dalam Babak II, Adegan I
  • "O voluttà del soglio" - Lady Macbeth dalam Babak II, Adegan I
  • "Come dal ciel precipita" - Banquo dalam Babak II, Adegan II
  • "Si colmi il calice di vino" - Lady Macbeth dalam Babak II, Adegan III
  • "Fuggi regal fantasima" - Macbeth dalam Babak III
  • "O lieto augurio" - Macbeth dalam Babak III
  • "Ah, la paterna mano" - Macduff dalam Babak IV, Adegan 1
  • "Una macchia è qui tuttora!" - Lady Macbeth dalam Babak IV, Adegan II
  • "Pietà, rispetto, amore" - Macbeth dalam Babak IV, Adegan III

Buku rujukan

  • The Opera Goer's Complete Guide oleh Leo Melitz, versi 1921

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.