Un giorno di regno
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Un giorno di regno, ossia il finto Stanislao ("Pemerintahan untuk satu hari") ialah opera dua babak penggubah Giuseppe Verdi ditulis untuk libreto Itali oleh Felice Romani, berdasarkan lakonan pementasan Le faux Stanislas oleh Alexandre Vincent Pineu-Duval. Persembahan pertama opera ini dibuat di Teatro alla Scala, Milan, pada September 5, 1840.
Senarai Opera Giuseppe Verdi |
---|
Oberto, Conte di San Bonifacio (1839) |
Un giorno di regno merupakan percubaan pertama Verdi untuk opera komik. Ia merupakan satu kegagalan yang besar kepada beliau, termasuk tragik peribadi di mana isteri beliau, Margherita Barezzi, meninggal dunia ketika menulis opera ini. [1] Semenjak itu, Verdi tidak lagi menulis opera komik sehingga di akhir karier beliau dengan opera Falstaff.
Peranan | Jenis suara | Tayangan pembukaan September 5, 1840[2] (Konduktor: - ) |
---|---|---|
Cavaliere di Belfiore, pegawai Perancis yang menyamar sebagai Stanislao dari Poland |
bariton | Raffaele Ferlotti |
Baron di Kelbar | bes | Raffaele Scalese |
The Marchesa del Poggio, balu muda, anak buah Baron |
soprano | Antonietta Ranieri-Marini |
Giulietta di Kelbar, anak perempuan Baron | mezzo-soprano | Luigia Abbadia |
Edoardo di Sanval, pegawai muda, anak buah La Rocca |
tenor | Lorenzo Salvi |
La Rocca, bendahari estet Brittany | bes | Agostino Rovere |
Count Ivrea, Kommander yang bertunang dengan Marchesa |
tenor | Giuseppe Vaschetti |
Delmonte, penolong kepada Stanislao palsu | bes | Napoleone Marconi |
Orang-orang gaji, pembantu-pembantu orang-orang besar |
Un giorno di regno, menceritakan kisah seorang monarki Poland, Raja Stanisław Leszczyński yang bersembunyi kerana peperangan yang berlanjutan. Untuk mendapatkan balik takhta beliau, Raja Stanisław menghantar seorang utusan ke istana Barone di Kelbar, di bawah kerajaan seorang raja palsu.
Baron (raja palsu) pada baru-baru itu telah membuat perancangan perkahwinan berdasarkan ikatan politik untuk anak perempuan dan juga anak buah perempuan beliau. Namun setelah segala perancangan dibuat, beliau mendapat tahu bahawa kedua-dua wanita tersebut sudah mempunyai kekasih dan tidak mahu mengikut perancangan beliau.
Pada hari Raja Stanisław sibuk untuk mendapatkan semula takhta beliau, raja palsu itu pula sibuk untuk mencari jalan untuk membatalkan rancangan perkahwinan dan menyerahkan kedua-dua wanita tersebut kepada kekasih mereka.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.