laman berita dalam talian di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
mStar ialah sebuah laman web berita berbahasa Melayu di Malaysia. Ia dimiliki oleh Star Media Group Berhad yang turut menerbitkan akhbat The Star. Ia mula boleh dicapai pada 15 Oktober 2005 dan dirasmikan pelancarannya pada 31 Oktober 2005 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak[1].
Jenis | Akhbar dalam talian |
---|---|
Dilancarkan | 31 Oktober 2005, oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak |
Bahasa | Melayu |
Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor |
Negara | Malaysia |
Akhbar saudara | The Star |
Pemilik | Magnet Bizz Sdn. Bhd. (anak syarikat Star Media Group Berhad) |
Laman sesawang | www |
Berita-berita dalam mStar pernah diterbitkan secara fizikal secara mingguan menerusi Mingguan mStar sebagai sisipan kepada Sunday Star bermula Februari 2010. Walau bagaimanapun, penerbitannya dihentikan pada 2011.
Pada 17 April 2014, mStar melancarkan wajah baharunya dengan menambah baik kandungan yang ketika itu lebih tertumpu kepada berita dan hiburan[2][3]. Namun bagi memenuhi selera pembaca yang terdiri daripada golongan muda dan pertengahan usia, maka kandungannya diperkemaskan lagi pada 20 November 2018 dengan corak penulisan diubah kepada pendekatan yang lebih semasa.
mStar juga turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan Pingat Gangsa bagi Laman Web Gaya Hidup Terbaik Asia, Anugerah Media Digital Asia 2015 yang diadakan di Hong Kong pada 18 November 2015. Ia dianjurkan oleh World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-Ifra).
Pada 18 Ogos 2016 mStar menerima Anugerah Spark 2016 untuk kecemerlangan media Asia Pasifik bawah kategori ‘Acara Terbaik Oleh Pemilik Media’ yang berlangsung di Singapura.
Di peringkat nasional pula, mStar merangkul anugerah Kritikan Filem Terbaik, anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianjurkan pada 26 November 2017.
mStar turut menerima tempat kedua bagi penerbitan video dokumentari Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia pada 3 Disember 2018.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.