MS-DOS
From Wikipedia, the free encyclopedia
MS-DOS (Jawi: عيم.ايس-دوسcode: ms is deprecated ) (singkatan untuk MicroSoft Disk Operating System) adalah satu sistem pengendalian yang telah dibina dan dipasarkan oleh Microsoft Corp.
Pembangun | Microsoft |
---|---|
Keluarga OS | DOS |
Keadaan | Dihentikan |
Model sumber | Closed source |
Keluaran terbaru | 8.0 / 14 September 2000 |
Repositori | |
Jenis Inti | Monolithic kernel |
Antaramuka pengguna terasal | DOS CLI |
Lesen | Proprietari |
Laman rasmi | www |
Ia adalah sistem pengendalian yang paling banyak dipakai berbanding dengan sistem operasi DOS lain untuk komputer peribadi serasi IBM pada awal '80-an. Lama kelamaan, sistem operasi ini telah digantikan dengan sistem operasi Windows.
MS-DOS mula diperkenalkan pada tahun 1981 dan mempunyai lapan (8) versi utama sebelum Microsoft bertindak menghentikan pembinaannya pada tahun 2000. Produk ini merupakan produk Microsoft yang paling utama dalam proses pertumbuhan syarikat di mana Microsoft yang pada mulanya merupakan syarikat pengaturcaraan telah maju setapak menjadi syarikat yang mengembangkan sayapnya dengan membuka pelbagai syarikat pembinaan perisian yang telah membekalkan syarikat dengan pendapatan yang lumayan serta juga sumber pasaran yang hebat.