Lumba-lumba
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lumba-lumba (Jawi: لومبا٢code: ms is deprecated ), lelumba (Jawi: للومباcode: ms is deprecated ) atau dolfin (Jawi: دولفينcode: ms is deprecated ) ialah sejenis mamalia laut dalam order setasea yang berkait rapat dengan ikan paus; ia tergolong dalam keluarga Delphinidae[1] yang merupakan keluarga Cetacea terbesar dan agak baru muncul sejak kira-kira sepuluh juta tahun semasa Zaman Miosen. Terdapat hampir tiga puluh tujuh spesies dalam tujuh belas genus di bawah keluarga tersebut.[2]
Lumba-lumba Dolfin Julat zaman: Awal Miosen - Kini | |
---|---|
Seekor lelumba hidung botol berenang memecah ombak laut | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | Odontoceti |
Keluarga: | Delphinidae dan Platanistoidea Gray, 1821 |
Genus | |
Lihat teks. |
Haiwan ini boleh dijumpai di seluruh dunia; ia sering didapati terutamanya di kawasan lebih cetek laut seperti di pentas benua, namun terdapat juga spesies yang tinggal di sungai. Dolfin dianggap sebagai antara haiwan paling cerdik; ia menunjukkan kebolehan mengajar, belajar, bekerjasama, merancang, dan bersedih.[3]