kumpulan muzik wanita Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
Loona (biasanya digayakan sebagai LOONA atau LOOΠΔ; Hangul: 이달의 소녀; RR: Idarui Sonyeo; Jepun: 今月の少女, rumi: Kongetsu no Shōjo, lit. 'Girl of the Month' , makna harfiah: 'Gadis Bulan Ini') adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Blockberry Creative. Kumpulan ini diperkenalkan kepada orang ramai melalui projek pra-debut yang bermula pada bulan Oktober 2016, di mana masing-masing dari 12 orang ahli diumumkan secara berkala dengan mengeluarkan single promosi selama 18 bulan berikutnya.[2] Mereka debut sebagai kumpulan penuh dengan album mini pertama mereka [+ +] (2018), disokong oleh single utama "Favorite" dan tajuk lagu "Hi High".
Loona | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Latar belakang | |||||||
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan | ||||||
Genre | |||||||
Tahun aktif | 2016 | –sekarang||||||
Syarikat rakaman |
| ||||||
Pengkarya berkait |
| ||||||
Laman sesawang | loonatheworld | ||||||
Ahli |
| ||||||
Korean name | |||||||
Hangul | |||||||
Hanja | |||||||
Makna literal | Girl of the Month | ||||||
Perumian Semakan | Idarui Sonyeo | ||||||
McCune–Reischauer | Idarŭi Sonyŏ | ||||||
Kanji | 今月の少女 | ||||||
Hiragana | こんげつのしょうじょ | ||||||
|
Nama Inggeris Loona berasal dari huruf Hangul ㅇㄷㅇㅅㄴ, masing-masing terdapat konsonan awal dalam blok suku kata yang membentuk 이달의 소녀 (Idarui Sonyeo). Apabila disusun semula menjadi ㄴㅇㅇㄷㅅ, ia menyerupai LOONA dalam abjad Latin.[3]
Pada 2 Oktober 2016, Blockberry Creative mengumumkan melalui Naver bahawa mereka akan mendebutkan kumpulan wanita pertama mereka melalui projek pra-debut selama 18 bulan.[4] Jaden Jeong berkhidmat sebagai pengarah kreatif kumpulan ini sehingga bulan Ogos 2019, apabila dia berpisah kerana perbezaan kreatif dengan syarikat itu.[5] Antara bulan Oktober 2016 dan Januari 2017, empat orang ahli (HeeJin, HyunJin, HaSeul, dan YeoJin) telah didedahkan; setiap ahli mengeluarkan satu album yang biasanya terdiri daripada lagu solo dan trek lain yang dipersembahkan bersama ahli lain yang diungkapkan, di bawah nama Korea kumpulan Idarui Sonyeo (Hangul: 이달의 소녀; lit. Gadis Bulan Ini, Girl of the Month)[6] Pada bulan Mac 2017, sub-unit pertama kumpulan, Loona 1/3, diperkenalkan, yang terdiri daripada ahli HeeJin, HyunJin, HaSeul dan ahli baru, ViVi.[7] Loona 1/3 mengeluarkan album mini pertama Love & Live dan single dengan nama yang sama pada 13 Mac 2017,[8] dengan promosi di televisyen SBS Inkigayo.[9] Pada 27 April, mereka mengeluarkan versi semula album mini pertama mereka Love & Evil bersama dengan single "Sonatine".[10] Love & Live dan versi semula album masing-masing mencapai nombor 10 dan 24 di Gaon Album Chart Korea Selatan.[11][12]
Antara bulan April 2017 dan Julai 2017, ahli ViVi, Kim Lip, JinSoul dan Choerry mengeluarkan album single mereka, meneruskan corak Girl of the Month yang sama.[13] Pada bulan September 2017, tiga orang ahli, HeeJin, HyunJin dan HaSeul, mengikuti uji bakat untuk rancangan realiti JTBC Mix Nine; HeeJin dan HyunJin melepasi pentas uji bakat sehingga ke rancangan,[14] di mana HyunJin menduduki tempat ke-18 dan HeeJin menduduki tempat keempat di episod akhir.[15] Sub-unit kedua kumpulan ini, Loona Odd Eye Circle, yang terdiri daripada JinSoul, Kim Lip dan Choerry, mengeluarkan album mini pertama Mix & Match pada 21 September 2017 dan memulakan promosi di Mnet M Countdown..[16] Versi Bahasa Inggeris dari lagu mereka "Loonatic" dikeluarkan pada 23 Oktober.[17] Pada 31 Oktober, mereka mengeluarkan versi semula album mini pertama mereka Max & Match dengan menyertakan tiga buah lagu baru termasuk single "Sweet Crazy Love".[18] Mix & Match dan versi semula album semula masing-masing memuncak pada nombor 16 dan 7 di Gaon Album Chart.[19][20]
Antara bulan November 2017 dan Januari 2018, mereka mengeluarkan album single solo untuk ahli baru Yves, Chuu, dan Go Won, meneruskan corak bulanan bersama dengan single digital "The Carol 2.0" yang dinyanyikan oleh Yves, Vivi, dan Choerry.[21] Pada bulan Mac 2018, mereka mengeluarkan album single solo untuk ahli terakhir, Olivia Hye.[22] Pada 30 Mei 2018, sub-unit ketiga kumpulan, Loona yyxy, membuat debut mereka dengan album mini pertama mereka Beauty & the Beat dengan single utama "love4eva" yang menampilkan penyanyi dari Kanada Grimes dikeluarkan pada hari yang sama dengan video muzik.[23] Album mini ini mencapai nombor 4 di Gaon Album Gaon Chart.[24]
Pada 7 Ogos 2018, Loona mengeluarkan single digital pra-debut bertajuk "favOriTe", lagu pertama kumpulan yang menampilkan kesemua dua belas orang ahli,[25] diiringi dengan video muzik yang memfokuskan pada koreografi kumpulan. Single pra-debut ini kemudiannya diturunkan sebagai single utama album mini pertama Loona [+ +].[26]
Pada 20 Ogos, Loona secara rasmi debut sebagai kumpulan penuh dengan perilisan Album mini pertama mereka [+ +] (dibaca sebagai plus plus).[27] Album mini ini termasuk lagu "Favorite" sebagai single utama manakala "Hi High" berkhidmat sebagai lagu tajuknya.[28] Ia debut di nombor 2 di Gaon Album Chart Korea Selatan dan merupakan album pertama terlaris kedua oleh kumpulan wanita pada tahun 2018.[29] Edisi semula album [+ +], bertajuk [XX] (dibaca sebagai multiple multiple) telah dikeluarkan pada 19 Februari 2019, dengan enam trek tambahan, termasuk single baru, "Butterfly".[30] Pada 17 Ogos 2019, Loona membuat penampilan pertama mereka di Amerika Syarikat, membuat persembahan di KCON 2019 di Los Angeles.[31] Pada 13 Disember 2019, Loona telah mengeluarkan single yang bertajuk "365" sebagai lagu penghargaan untuk peminat mereka.[32]
Pada 7 Januari 2020, Blockberry Creative mengumumkan bahawa ketua kumpulan HaSeul tidak dapat mengambil bahagian dalam promosi album yang akan datang kerana masalah kesihatan. Dia dikatakan disahkan menghidap "intermittent anxiety symptoms (simptom kegelisahan sekejap)" dan akan mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada kesihatannya.[33] Pada 5 Februari 2020, Loona mengeluarkan album mini kedua mereka yang bertajuk [#] (dibaca sebagai hash), bersama dengan single utama "So What".[34] Walaupun HaSeul tidak muncul di tajuk lagu, vokalnya ditampilkan pada tiga buah lagu lain di album, termasuk "365". Setelah memuncak pada nombor 1 pada daily Gaon Retail Album Chart,[35] album mini ini memulakan debut di nombor 2 di Gaon Album Chart. Pada 12 Mac 2020, Loona telah memenangi trofi program muzik pertama dengan lagu "So What" di Mnet M Countdown.[36]
Pada 19 Oktober 2020, Loona megeluarkan album mini ketiga mereka yang bertajuk [12:00] (dibaca sebagai midnight).[37] disertai dengan single utamanya "Why Not". HaSeul sekali lagi tidak terlibat dalam album kali ini, kerana keputusannya sendiri untuk memfokuskan pada pemulihan kesihatannya.[38] Album mini ini kemudiannya menjadi album pertama mereka yang memasuki Billboard 200, memulakan debut di nombor 112.[39] Pada 23 Oktober, ahli kumpulan Choerry telah ditampilkan dalam lagu A-FLOW bertajuk "You".[40] Pada 18 November, Loona mengeluarkan video muzik untuk "Star", lagu lain yang termasuk dalam album mini [12:00].[41] Memuncak di nombor 40, "Star" adalah entri pertama Loona di Billboard Mainstream Top 40, menjadikan mereka kumpulan wanita K-pop kedua yang memasuki carta.[42]
Pada 1 Jun 2021, Loona mengumumkan bahawa mereka akan comeback pada 28 Jun, dengan album mini keempat mereka [&] (dibaca sebagai and).[43] Keesokan harinya, pada 2 Jun, teaser telah diposkan ke akaun media sosial rasmi Loona yang menunjukkan dua belas pasang mata, yang mengesahkan kembalinya ahli Haseul yang telah berehat sejak awal tahun 2020.[44] Pada 12 Jun, ahli kumpulan YeoJin, Kim Lip, Choerry dan Go Won mengeluarkan lagu "Yum-Yum" sebagai kerjasama dengan Cocomong.[45]
Pada 27 Jun, Loona mengumumkan pada penghujung klip istimewa mereka bahawa mereka akan membuat debut Jepun mereka pada 15 September di bawah sub-label Universal Music Japan EMI Records.[46] Pada 27 Ogos, telah diumumkan bahawa Loona akan mengeluarkan single double A-side, "Hula Hoop / Star Seed" pada 15 September, dengan perilisan CD fizikal pada 20 Oktober.[47]
Pada 11 dan 12 Februari 2022, Loonaverse: From telah diadakan di Jangchung Arena. Bagaimanapun, Chuu tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.[48]
Pada 21 Februari, Mnet mengumumkan bahawa Loona akan menyertai Queendom 2.[49] Pada 28 Februari, diumumkan bahawa Loona tidak akan mengambil bahagian dalam rakaman untuk pusingan pertama yang diadakan pada hari yang sama kerana HaSeul, YeoJin dan ViVi telah didiagnosis dengan COVID-19 beberapa hari sebelum rakaman.[50] Pada 2 Jun, Loona menamatkan saingan sebagai naib juara dalam persembahan akhir secara langsung.[51]
Pada 20 Jun 2022, Loona mengeluarkan album mini musim panas istimewa mereka Flip That dengan single utama dengan nama yang sama.[52]
Anugerah | Tahun | Kategori | Penerima | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
APAN Music Awards | 2020 | Global Female Group (Popularity Award) | Loona | Tercalon | |
Asia Artist Awards | 2019 | Focus Award (Singer) | Menang | ||
STARNEWS Popularity Award (Girl group) | Menang | ||||
Asia Model Awards | 2020 | Popularity Award | Menang | [62][63] | |
Brand Customer Loyalty Awards | 2020 | Female Idol Rising Star Award | Menang | [64][65] | |
2021 | Hot Trend Female Idol Group | Tercalon | [66] | ||
BreakTudo Awards | 2019 | K-pop Female Group | Tercalon | [67] | |
2020 | Tercalon | ||||
Genie Music Awards | 2018 | Genie Music Popularity Award | Tercalon | [68] | |
The Female New Artist | Tercalon | ||||
The Top Artist | Tercalon | ||||
2019 | Genie Music Popularity Award | Tercalon | [69] | ||
Global Popularity Award | Tercalon | ||||
The Female New Artist | Tercalon | ||||
The Top Artist | Tercalon | ||||
Golden Disc Awards | 2019 | Popularity Award | Tercalon | ||
Rookie Artist Award | Tercalon | ||||
2020 | Next Generation Award | Menang | [70] | ||
Korea First Brand Awards | 2019 | Female Rookie Idol Award | Menang | [71] | |
2021 | Hot Female Trend | Tercalon | [72] | ||
Melon Music Awards | 2018 | Best New Artist Award (Female) | Tercalon | ||
Mnet Asian Music Awards | 2018 | Artist of the Year | Tercalon | ||
Best New Female Artist | Tercalon | ||||
MTN Ad Festival Awards | 2019 | Commercial Star Rookie | Menang | [73] | |
MTV Europe Music Awards | 2018 | Best Korean Act | Menang | [74] | |
Seoul Music Awards | 2019 | Hallyu Special Award | Tercalon | ||
New Artist Award | Tercalon | ||||
Popularity Award | Tercalon | ||||
2021 | Fan PD Artist Award | Tercalon | |||
Soribada Best K-Music Awards | 2019 | Performance Award | Menang | ||
2020 | New K-Wave Rising Artist Award | Menang | [75] | ||
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Loona |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.