From Wikipedia, the free encyclopedia
Jonathan Smith (lahir 17 Januari 1971)[1] atau nama pentasnya Lil Jon ialah seorang DJ, penyanyi rap, penulis lagu dan penerbit rakaman Amerika Syarikat.[2] Beliau pernah mengetuai suatu grup hip hop Lil Jon & The East Side Boyz.[3] Beliau juga sering kolaborasi dengan Pitbull.
Lil Jon | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Jonathan Smith |
Kelahiran | Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. | 17 Januari 1971
Genre |
|
Pekerjaan |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 1991–present |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | liljon |
Beliau pelopor subgenre crunk[4] dengan banyak lagu dari genre ini masyhur dalam carta Top 10 Billboard Hot 100".[5] Beliau telah mendapat perhatian pihak Akademi Rakaman Grammy untuk seberapa lagunya juga seperti "Yeah!" (Persembahan Rap Terbaik) dan "Turn Down for What" bersama DJ Snake (Video Muzik Terbaik).[6] "Turn Down For What" turut meraih beliau Lagu Dance/Electronik Terbaik Anugerah Muzik Billboard.
Jonathan Smith lahir di kejiranan Southwest kota Atlanta, Georgia, beliau anak sulung lima adik-beradik. Bapanya, seorang jurutera sebuah syarikat aeroangkasa dan pertahanan manakala ibunya seorang pegawai tentera.[4]
Jon pernah menyertai kumpulan pancaragam sekolah tingginya.[4] Beliau belajar sendiri cara ber-DJ pada usia 15 tahun,[4] ibu bapanya membenarkan beliau melakukan hobi ini yang mengelakkannya daripada berpelesaran malah membenarkan beliau mengadakan parti muzik bawah rumah mereka untuk rakan-rakan sebayanya.[7] Beliau turut bekerja sambilan sebagai seorang DJ beberapa kelab malam di kotanya.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.