Tan Sri Lee Kim Sai @ Lee Ho (Cina ringkas: 李金狮; Cina tradisional: 李金獅; pinyin: Lǐ Jīnshī; 1 Mac 1937–24 November 2019) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang pernah menjadi menteri di tiga kementerian serta menjadi Timbalan Presiden MCA.[1]

Fakta Segera Tan SriLee Kim Sai PSM, PPN, Timbalan Presiden MCA ...
Tan Sri

Lee Kim Sai

PSM, PPN
Timbalan Presiden MCA
Dalam jawatan
September 1986  Julai 1996
Didahului olehTun Dr. Ling Liong Sik
Digantikan olehTan Sri Lim Ah Lek
Menteri Buruh
Dalam jawatan
1986–1989
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
14 Ogos 1989  26 Oktober 1990
Didahului olehDato' Ng Cheng Kiat
Digantikan olehDato' Dr. Ting Chew Peh
Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehDato' Ng Cheng Kiat
Digantikan olehDatuk Chua Jui Meng
Butiran peribadi
Lahir1 Mac 1937
Ulu Klang, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Meninggal dunia24 November 2019 (umur 82)
Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik BN - MCA
Tutup

Politik

Beliau aktif dalam parti MCA, sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina melalui Barisan Nasional.

Beliau menjadi ADUN kawasan Rawang dan Kajang dan dilantik menjadi Exco kerajaan negeri Selangor.

Beliau pernah menjadi menteri di tiga kementerian, Kementerian Buruh, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kesihatan.

Nama beliau diabadikan di sebuah kampung di pinggir bandar Rawang, yakni Kampung Dato' Lee Kim Sai.

Gelaran

Lee Kim Sai pernah dianugerahkan gelaran Datuk, namun pada 23 Oktober 1987, Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menarik balik gelaran tersebut kerana beliau terlibat dalam isu menaikkan sentimen perkauman, menyinggung perasaan orang Melayu dan Raja sehingga kerajaan melancarkan Operasi Lalang pada 1987. Pemimpin muda UMNO ketika itu mendesak gelaran datuk ditarik balik kerana menyatakan orang Melayu juga pendatang. Namun selepas itu beliau masih dijemput ke istana sama ada majlis rasmi atau majlis tertutup dan kemudian dianugerahkan semula gelaran Datuk.[2]

Pada 2000 pula, Lee Kim Sai telah menerima anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.[3]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.