Lapan jam sehari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pergerakan Lapan Jam Sehari, juga dikenali sebagai Pergerakan masa pendek mempunyai asal usulnya daripada Revolusi Industri di Britain, di mana pembuatan industri di kilang-kilang merubah kehidupan bekerja dan dikenakan waktu jam yang lama dan keadaab bekerja yang menyedihkan. Dengan keadaan bekerja yang tidak terkawal, kesihatan, kebajikan dan moral pekerja menderita. Eksploitasi buruh kanak-kanak telah menjadi perkara biasa. Hari bekerja boleh menjadi 10 jam hingga menjadi 16 jam untuk enam hari seminggu.
Siri Gerakan Buruh |
Buruh dalam ekonomi |
Buruh kanak-kanak |
Garis masa isu-isu & peristiwa |
Hak asasi buruh |
Perbandingan |
Kesatuan pekerja |
Lapan jam sehari |
Mogok |
Mogok umum |
Sejarah buruh (disiplin) |
Senarai mogok |
Sindikalisme |
Undang-undang buruh |
Fahaman Kesatuan Gerakan Sosial |
Seluruh Dunia |
---|
Kesatuan mengikut negara |
sunting |
Robert Owen telah meningkatkan tuntutan sepuluh-jam sehari seawal 1810, dan melaksanakannya dalam enterprise sosialnya di New Lanark. Seawal 1817 dia telah merangkakan matlamat laman-jam sehari dan mencipta slogan Lapan jam kerja, Lapan jam berrekreasi, Lapan jam berehat. Wanita dan kanak-kanak di England diberikan sepuluh-jam sehari pada 1847. Pekerja Perancis memenangi dua belas jam sehari selepas revolusi February pada 1848. Hari bekerja lebih pendek dan peningkatan keadaan bekerja merupakan sebahagian daripada bangkangan umum dan meresahkan bagi Chartist reforms, dan organisasi awal pesatuan pekerja.
International Workingmen's Association memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866 mengistiharkan Hak hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja terbukti separuh jalan dan Kongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai limit sah bagi hari kerja.
Sungguhpun terdapat kejayaan awal dalam mencapai lapan jam sehari di New Zealand dan oleh pergerakan pekerja Australi bagi pekerja mahir pada 1840-an dan 1850-an, kebanyakan mereka yang bekerja terpaksa menunggu sehingga awal dan pertengahan abad ke dua puluh bagi keadaan ini di capai secara meluas di dunia perindustrian melalui tindakan perundangan.
Pergerakan lapan jam sehari membentuk sebahagian dari sejarah awal bagi Hari Buruh, dan Hari May yang diraikan di kebanyakan negara dan kebudayaan.