Laluan Yahiko (弥彦線 , Yahiko-sen) merupakan sebuah laluan kereta api di wilayah Niigata, Jepun. Laluan ini bermula dari Stesen Yahiko di pekan Yahiko dan berakhir di Stesen Higashi-Sanjō dalam bandar Sanjō di Niigata dan dikendalikan oleh JR Timur.
Laluan Yahiko | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama asal | 弥彦線 | ||
Jenis | Kereta api tempatan | ||
Lokasi | Wilayah Niigata | ||
Terminal | Higashi-Sanjō Yahiko | ||
Stesen | 8 | ||
Operasi | |||
Dibuka | 1916 | ||
Pemilik | JR East | ||
Stok kereta api | Siri 115/Siri E127/Siri E129 | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 17.5 km (10.9 bt) | ||
Tolok landasan | 1,067 mm (3 kaki 6 in) | ||
Pengelektrikan | 1,500 V DC talian atas | ||
Kelajuan operasi | 85 km/j (55 mph) | ||
|
Perkhidmatan
Semua kereta api dalam laluan beroperasi sebagai perkhidmatan tempatan berhenti di semua stesen. Kebanyakan perkhidmatan dijalankan antara Yahiko dan Yoshida, dan Yoshida dan Higashi-Sanjō. Beberapa perkhidmatan menjalankan laluan penuh dari Yahiko ke Higashi-Sanjō, dan satu perkhidmatan pada waktu pagi di kedua-dua arah berjalan melalui Laluan Echigo ke arah Teradomari. Terdapat perkhidmatan setiap jam pada waktu pagi dan petang, dan perkhidmatan setiap 2–3 jam pada tengah hari.
Senarai stesen
Stesen-stesen dengan tanda "◇" memiliki landasan tunggal yang membenarkan kereta api melalui antara satu sama lain manakala stesen-stesen yang bertanda "|" memiliki landasan tunggal sehala.
Nama | Bahasa Jepun | Jarak (km) |
Pertukaran | Lokasi | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Yahiko | 弥彦 | 0.0 | | | Yahiko | Wilayah Niigata | |
Yahagi | 矢作 | 2.3 | | | |||
Yoshida | 吉田 | 4.9 | ■Laluan Echigo | ◇ | Tsubame | |
Nishi-Tsubame | 西燕 | 8.0 | | | |||
Tsubame | 燕 | 10.3 | ◇ | |||
Tsubame-Sanjō | 燕三条 | 12.9 | Joetsu Shinkansen | | | Sanjō | |
Kita-Sanjō | 北三条 | 15.4 | | | |||
Higashi-Sanjō | 東三条 | 17.4 | ■Laluan Utama Shinetsu | ◇ | ||
Echigo-Ōsaki | 越後大崎 | - | Ditutup 1985 | | | ||
Ōura | 大浦 | - | Ditutup 1985 | | | ||
Echigo-Nagasawa | 越後長沢 | - | Ditutup 1985 | | |
Simbol:
- | - Satu trek
- ◇ - Satu trek; stesen di mana kereta api boleh lalu
Stok gerabak kereta
- Siri E127 2 gerabak EMU (sejak Mac 2015)
- Siri E129 2/4 gerabak EMU (sejak Mac 2015)
- Siri 115-1000 3 gerabak EMU
Siri E129 series EMU yang terbaru telah diperkenalkan pada perkhidmatan tempatan dalam lalauan mulai fiskal 2014.[1]
Terdahulu
- Siri 115-500 2 gerabak EMU (sehingga Mac 2015)
- Siri E129
- Siri 115-500
Sejarah
Kereta Api Echigo membuka bahagian Yahiko ke Yoshida pada tahun 1916 dan melanjutkan laluan ke Higashi-Sanjo pada tahun 1926. Syarikat itu dinasionalisasikan pada tahun 1927.[perlu rujukan]
Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1960, dan talian itu telah dielektrik pada tahun 1984.[perlu rujukan]
Laluan lama dibubarkan
- Stesen Tsubame: Niigata Kotsu membuka laluan elektrik sepanjang 34 km pada 1,500 V DC ke Sekiya di Laluan Echigo pada tahun 1933. Perkhidmatan pengangkutan barangan dihentikan pada tahun 1982, dan talian ditutup antara tahun 1993 dan 1999.[perlu rujukan]
- Stesen Higashi-Sanjo: Laluan 8 km ke Echigo Nagasawa beroperasi antara tahun 1927 dan 1985.[perlu rujukan]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.