![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/43/MRT_map_CC.svg/langms-640px-MRT_map_CC.svg.png&w=640&q=50)
Laluan MRT Bulatan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laluan Bulatan[1] (bahasa Inggeris: Circle Linecode: en is deprecated , CCL) ialah laluan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) keempat di Republik Singapura. Laluan kereta api bawah tanah sepenuhnya ini mempunyai kepanjangan 35.5 kilometer (22.1 bt) dengan 30 buah stesen dari Dhoby Ghaut hingga ke HarbourFront (tidak termasuk Bukit Brown). Satu laluan susur (lanjutan laluan Circle) menghubungkan Promenade dengan Teluk Marina melalui Bayfront. Laluan Circle ialah laluan kedua di Singapura yang beroperasi secara automatik dan tanpa pemandu sepenuhnya, dan ia antara laluan alihan laju tanpa pemandu terpanjang di dunia.[2]
![]() ![]() ![]() Laluan MRT Bulatan لالوان بولتن | |||
---|---|---|---|
![]() | |||
![]() Laluan MRT Bulatan pada peta Singapura. | |||
Umum | |||
Nama lain | Circle Linecode: en is deprecated (bahasa Inggeris) 地铁环线code: zh is deprecated (Cina) இணைப்பு எம்ஆர்டி வழிcode: ta is deprecated (Tamil) | ||
Jenis | Transit aliran deras | ||
Sistem | Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) | ||
Status | Beroperasi Dalam pembinaan (Tahap 6) | ||
Terminal | Dhoby Ghaut Stadium (Kesemua kereta api yang bertolak dari Marina Bay akan berakhir di sini semasa waktu luar puncak) HarbourFront Marina Bay | ||
Stesen | 30 (Beroperasi) 3 (Dalam pembinaan) | ||
Perkhidmatan | 3 | ||
Penumpang harian | 398,000 (Mei 2015) | ||
Operasi | |||
Dirancang dibuka | 2025; 1 tahun lagi (2025) (Tahap 6) Akan ditentukan (Bukit Brown) | ||
Dibuka | 28 Mei 2009; 15 tahun yang lalu (2009-05-28) (Tahap 3) 17 April 2010; 14 tahun yang lalu (2010-04-17) (Tahap 1 dan 2) 8 Oktober 2011; 12 tahun yang lalu (2011-10-08) (Tahap 4 dan 5) 14 Januari 2012; 12 tahun yang lalu (2012-01-14) (lanjutan Laluan Bulatan) | ||
Pemilik | Penguasa Pengangkutan Darat | ||
Pengendali | SMRT Trains (SMRT Corporation) | ||
Ciri | Bawah tanah | ||
Depot | Kim Chuan | ||
Stok kereta api | C830 C830C C851E (Masa depan) | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 35.5 km (22.1 bt) (Beroperasi) 4 km (2.5 bt) (Dalam pembinaan) | ||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai | ||
Pengelektrikan | 750 V DC rel ketiga | ||
Kelajuan operasi | had laju 78 km/j (48 mph) | ||
|
Laluan Circle merupakan laluan bermuatan sederhana pertama di Singapura. Sebagai laluan jenis tersebut, setiap kereta api bagi laluan Circle mempunyai konfigurasi tiga gerabak berbanding enam gerabak seperti yang terdapat pada laluan–laluan MRT yang lain (kecuali laluan Downtown). Sehingga Mei 2015, jumlah perjalanan penumpang hariannya adalah seramai 398,000 orang.[3]
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Circle ditunjukkan dengan warna jingga ( ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "CC" atau "CE".