Laluan MRT Pusat Bandar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laluan Pusat Bandar (bahasa Inggeris: Downtown Linecode: en is deprecated , DTL) ialah laluan kereta api Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Singapura. Ia telah dibina dalam 3 tahap; tahap 1 laluan mempunyai kepanjangan 4.3 kilometer (2.7 bt) dan telah dibuka pada 22 Disember 2013 manakala tahap 2 memulakan operasi pada 27 Disember 2015 dengan panjang laluan 16.6 kilometer (10.3 bt).[4][5] Kedua-dua tahap laluan tersebut mempunyai 18 buah stesen, yang bermula dari stesen Bukit Panjang hingga Chinatown. Tahap terakhir akan dibuka pada 21 Oktober 2017,[6][7] manakala lanjutan tahap 3 (DTL3e) akan disiapkan pada 2024.[8] Laluan ini akan menghubungkan kawasan barat laut dan tengah timur dengan pusat bandar Singapura.
Laluan MRT Pusat Bandar لالوان ڤوست بندر | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama lain | Downtown Linecode: en is deprecated (bahasa Inggeris) 滨海市区地铁线code: zh is deprecated (Cina) டவுன்டவுன் எம்ஆர்டி வழிcode: ta is deprecated (Tamil) | ||
Jenis | Transit aliran deras | ||
Sistem | Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) | ||
Status | Beroperasi (Tahap 1, 2 & 3) Dalam pembinaan (Tahap 3e) Dalam perancangan (Hume, lanjutan Tahap 2) | ||
Terminal | Bukit Panjang Sungei Kadut (pertengahan 2030-an) Expo Sungei Bedok (2024) | ||
Stesen | 34 (Beroperasi) [1] 2 (Dalam pembinaan) 3 (Dalam perancangan) | ||
Perkhidmatan | 1 | ||
Penumpang harian | 477,000 (2019)[2] | ||
Operasi | |||
Dirancang dibuka | 2024; 0 tahun yang lalu (2024) (Tahap 3e) 2025; 1 tahun lagi (2025) (Hume) pertengahan 2030-an (lanjutan Tahap 2) | ||
Dibuka | 22 Disember 2013; 10 tahun yang lalu (2013-12-22) (Tahap 1) 27 Disember 2015; 8 tahun yang lalu (2015-12-27) (Tahap 2) 21 Oktober 2017; 6 tahun yang lalu (2017-10-21) (Tahap 3) | ||
Pemilik | Penguasa Pengangkutan Darat | ||
Pengendali | SBS Transit DTL (ComfortDelGro Corporation)[3] | ||
Ciri | Bawah tanah | ||
Depot | Gali Batu Tai Seng East Coast (Masa depan) | ||
Stok kereta api | C951/C951A | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 41.9 km (26.0 bt) (Beroperasi)[1] 2.2 km (1.4 bt) (Dalam pembinaan) | ||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai | ||
Pengelektrikan | 750 V DC Rel ketiga | ||
Kelajuan operasi | had laju 80 km/j (50 mph) | ||
|
Laluan Pusat Bandar mempunyai hubungan pertukaran dengan laluan Utara Selatan di Chinatown dan Little India, laluan Timur Barat (di Bugis), laluan Circle (di Bayfront, Promenade dan Kebun Bunga), laluan Timur Laut (di Newton) dan laluan LRT Bukit Panjang di Bukit Panjang. Lanjutan akan datang laluan Pusat Bandar akan menambah hubungan pertukaran dengan laluan Timur Barat melalui Tampines dan Expo, laluan Circle di MacPherson dan laluan Thomson–Pantai Timur melalui Stevens dan Sungei Bedok.
Aliran ini merupakan laluan kereta api sepenuhnya berada di bawah tanah yang ketiga di Singapura, menggunakan kereta api 3 gerabak dan laluan bermuatan rendah kedua selepas laluan Circle. Apabila siap sepenuhnya, aliran Pusat Bandar akan mempunyai panjang kira-kira 44 kilometer (27 bt) dengan 36 stesen dan dijangka akan memberi khidmat kepada lebih separuh juta pengguna setiap hari.[9] Ia juga akan menjadi laluan alihan laju terpanjang di Singapura yang beroperasi secara automatik[1] dan antara yang terpanjang di dunia. Perjalanan di antara hujung laluan ke hujung yang lagi satu mengambil masa kira-kira 70 minit.
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Pusat Bandar ditunjukkan dengan warna biru ( )[3] dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "DT".