Laguna Music
From Wikipedia, the free encyclopedia
Laguna Music (dahulu dikenali sebagai Laguna Records) ialah syarikat rakaman Malaysia yang diasaskan pada 2002 oleh adik-beradik Jeffrey dan Jeremy Little yang juga ahli kumpulan Prana.[1] Ia juga memiliki studio rakaman yang diberi nama Greenhouse Studio. Antara artis terkenal Laguna ialah Prana, Seven Collar T-Shirt, Estrella, Pure Vibracion, dan Guba Rawantas.[2] Selain menerbitkan album artis naungannya, Laguna turut aktif mengedarkan album penyanyi lain.
Laguna Music | |
---|---|
Diasaskan | 2002; 22 tahun yang lalu (2002) |
Pengasas | |
Status | Aktif |
Genre | Pelbagai |
Negara asal | Malaysia |
Lokasi | Ampang, Selangor |
Tapak web rasmi | www |
Syarikat rakaman ini juga pernah bekerjasama dengan rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven di mana album terbitan Laguna dijual di kedai 7-Eleven seluruh negara.[3] Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Malaysia.[4]