7-Eleven
From Wikipedia, the free encyclopedia
7-Eleven (Jawi: 7-ايليۏنcode: ms is deprecated ) ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan.[1] Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.
Jenis/bentuk sah | anak syarikat tidak langusng Seven & I Holdings Company, pertubuhan yang bertapak di Jepun. |
---|---|
Industri | Peruncitan (Kedai serbaneka) |
Ditubuhkan | Oak Cliff, Texas, Amerika Syarikat (1927) |
Ibu pejabat | 8-8 Nibancho, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun 102-8455 One Arts Plaza, 1722 Routh Street, Suite 1000, Dallas, Texas, Amerika Syarikat 75201 |
Kawasan perkhidmatan | Jepun, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, China, Filipina, Malaysia, Singapura, Vietnam, Kemboja, Makau, India, Denmark, Norway, Sweden, Amerika Syarikat, Kanada, Mexico |
Tokoh penting | Toshifumi Suzuki, Pengerusi Joseph M. DePinto, Presiden/CEO Masa Asakura, EVP/COO |
Keluaran | Minuman Slurpee® Minuman Big Gulp® |
Hasil | ▲$10.882 billion USD (2003) |
Bilangan kakitangan | 31,500 (2004) |
Syarikat induk | Seven & I Holdings Co., Ltd. |
Tapak web | www.7-eleven.com www.7andi.com |
sunting · sunting di Wikidata |
7-Eleven ialah anak syarikat Seven & I Holdings Co. di Jepun.
antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.
Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh Convenience Shopping Sdn. Bhd. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh Berjaya Group Berhad.