From Wikipedia, the free encyclopedia
Lunar CRater Observation and Sensing Satellite (LCROSS) ialah sebuah kapal angkasa lepas robot kendalian NASA. Ia dilancarkan bersama dengan Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) pada 18 Jun 2009, sebagai sebahagian daripada Lunar Precursor Robotic Program, misi pertama Amerika Syarikat ke Bulan dalam tempoh 10 tahun. LCROSS dan LRO bersama-sama membentuk barisan hadapan kembalinya NASA ke Bulan,[2] dan dijangka mempengaruhi keputusan kerajaan Amerika Syarikat sama ada untuk meneroka Bulan.
Pengendali | NASA/Ames Research Center |
---|---|
Jenis misi | Penghentam |
Tarikh Berlepas | 2009-06-18 21:32:00 UTC |
Kenderaan Pelancar | Atlas V 401 |
Kawasan Pelancaran | SLC-41 Cape Canaveral |
Tempoh misi | 18 Jun 2009 – 9 Oktober 2009 Lama: 3 bulan dan 25 hari |
ID COSPAR | 2009-031B |
Laman web | http://www.nasa.gov/LCROSS |
Jisim | LCROSS Shepherding Spacecraft: 621 kg (1,369 lb) (min.); Centaur semasa hentaman: 2,249 kg (4,958 lb) (min.)[1] |
Unsur orbital | |
Keadaan | Elips tinggi |
Tempoh orbit | 37 hari |
LCROSS direka untuk memerhatikan tahap atas roket Centaur yang telah digunakan, dengan jisim hentaman nominal 2,305 kg (5,081 lb), menghentam kawah Cabeus[3] berhampiran kutub selatan Bulan. LCROSS mengalami pincang tugas pada 22 Ogos, menghabiskan separuh bahan bakarnya dan meninggalkan sedikit sekali sisa bahan bakar di kapal angkasa itu.[4] Namun akhirnya, kapal angkasa ini berjaya menghentam Bulan pada 9 Oktober 2009, jam 11:31 UTC, diikuti pengesannya beberapa minit kemudian.[5] Ia berjaya mengesan air di kawah kutub selatan Cabeus.[6]
Pada 13 November 2009, NASA melaporkan beberapa garisan bukti bahawa air terdapat dalam kedua-dua kepulan wap sudut tinggi dan tirai lecitan yang terhasil oleh hentaman Centaur LCROSS. Kepekatan dan taburan air dan bahan lain memerluan analisis lanjut.[6] Pengesahan tambahan diperoleh dari pancaran dalam spektrum ultraungu yang mempunyai sifat serpihan hidroksil, terhasil daripada pemecahan air oleh cahaya matahari.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.