![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/dd/Melissa_band.jpg/640px-Melissa_band.jpg&w=640&q=50)
Melissa (kumpulan muzik)
Kumpulan Rock Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan Melissa (Melintang SeSayap)(Melissa Band - est 2022) merupakan sebuah kumpulan muzik di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu rock, post hardcore, grindcore serta avant-garde dalam berbahasa melayu. Kumpulan yang diasaskan di Pahang dan berpangkalan di Kuala Lumpur ini mula mencipta nama dalam industri muzik menerusi lagu hitnya, Cinta Untuk Nabila pada penghujung tahun 1990 di bawah label Varia Muzik. Kumpulan ini sempat merakamkan tiga buah album studio sepanjang karier mereka sebelum anggotanya membawa haluan masing-masing. Mereka kembali bersatu dengan ahli original (album Pendirian) untuk merakamkan mini album/album keempat pada 2011.
![]() | Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. (Mei 2023) |
![]() | Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Mei 2023) |
Melissa Band | |
---|---|
![]() | |
Latar belakang | |
Berasal dari | ![]() ![]() |
Genre | Rock, Slow rock |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Tahun aktif | 1989 - kini |
Syarikat rakaman | Varia Muzik (1990-1992) Life Records (1993) Melissa Band Resources (2022-kini) |
Pengkarya berkait | Rosli Selasih, Juwie, Saari Amri, S. Amin Shahab |
Laman sesawang | https://www.melissa.com.my/ |
Bekas ahli | Radzi/Scorp - Vokal (meninggal dunia) Ajak - Bass(ketua kumpulan) |
Pada tahun 2023, Melissa telah dihidupkan semula oleh pemain bass iaitu Ajak bersama barisan anggota baharu iaitu Naim (vokal), Mie Onte (gitar utama) & Artta (gitar kedua). Ajak juga mengambil dua pemuzik undangan iaitu Pae (dram) dan Che Mat (keyboard) untuk membantu Melissa ketika mengadakan persembahan pentas setelah Melissa kehilangan khidmat dua anggota terdahulu iaitu Elly (gitar kedua) dan Black (dram).
Mereka telah menyiapkan sebuah EP yang berjudul (Menghiris) sempena meraikan barisan baharu Melissa dengan 3 buah lagu lama yang digubah dan dirakamkan semula dengan nafas baru dan dua buah lagu baru berjudul Riena Cintaku dan Nabila untuk Cinta.