![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/27/Mangif_odor_071229-2990_khjo.jpg/640px-Mangif_odor_071229-2990_khjo.jpg&w=640&q=50)
Kuini
spesies tumbuhan / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuini, nama saintifik Mangifera odorata[3] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Anacardiaceae dan menyerupai mangga. Kuini terdapat di Guam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.
Kuini | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Keluarga: | Anacardiaceae |
Genus: | Mangifera |
Spesies: | M. odorata |
Nama binomial | |
Mangifera odorata Griff.[2] | |
Kuini atau Mangifera odorata berasal dari Asia tropika, khususnya Malaysia Barat. Buah ini berwarna oren terang dan apabila masak manis berair. Pokok ini mempunyai ciri yang berbeza, iaitu mengeluarkan bau resin wangi. Pokok kuini berbunga sepanjang tahun dan bunganya juga amat harum. Getah pada buah Kuini yang belum masak adalah beracun
Kuini (Mangifera odorata) yang biasa ditemui di hutan Malaysia Timur (Borneo) mempunyai bentuk sfera, hampir bulat, hijau gelap dan hijau apabila masak. Ia mempunyai bau yang kuat yang boleh dikesan dari jauh.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9e/Mangif_odor_v_foetid_080130-4212_tdp.jpg/640px-Mangif_odor_v_foetid_080130-4212_tdp.jpg)
Kuini sewarisan beberapa nama setempat Nusantara:[4]
- kaweni, kawini,' (Sd.);
- kaweni, kuweni, kweni (Jw.);
- kabeni, beni, bine, pao kabine (Mdr.); pao kaeni (P. Sapudi); kuwini (Bjr.);
- weni (Bl.);
- kuini, guin, koini, kowini, koine (aneka sebutan di Maluku)
Nama-nama setempat lain diberikan adalah asam membacang, macang (Mly.); kambacang, embacang, lakuik (Mink.); kebembem (Btw.); bembem (Sd.); paok perawe (Sas.); dan guawe stinki, sitingki, hitingki (aneka sebutan di Maluku).[4]