From Wikipedia, the free encyclopedia
Kuih (Jawi: کوءيه; Mal., Sin., kata ganda: kuih-muih کوءيه-موءيه ), kueh (Sin.) atau kue (sstgh tempat Ind.) adalah makanan ringan atau pencuci mulut bersaiz kecil yang biasa ditemui serata Nusantara termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Kuih-muih ini seringkali mempunyai rasa manis, namun ada juga yang dimasak dengan rasa berlauk.[2]
Kuih | |
---|---|
Nama alternatif | kueh (Singapura), kue (Indonesia)[1] |
Jenis | Pastri |
Jenis sajian | Snek |
Tempat asal | Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura |
Bahan utama | Pelbagai snek traditional |
sunting · sunting di Wikidata |
Perkataan "kuih", "kueh" dan "kue" ini kesemuanya dipinjam daripada sebutan Hokkien koé (粿 ),[3] merujuk kepada potongan kudapan yang dimasak daripada tepung beras.[1] Istilah ini dahulunya merujuk khusus kepada makanan yang dibuat secara kukus menggunakan nasi atau pulut, namun ia kini merangkum lebih luas termasuk pencuci mulut cara Barat berupa kek, puding, biskut mahupun pastri.
Di kawasan tertentu, kuih turut dipanggil tepung, khususnya yang terbuat daripada bahan tersebut.[4] Ia boleh ditemukan dalam nama beberapa jenis kuih seperti tepung talam, tepung pelita dan sebagainya. Di Kelantan, kesemua jenis kuih boleh dipanggil "tepung" memandangkan tepung adakalanya dipanggil "debu".[4] Di Selatan Thailand, kata ini masih dipakai dengan meluas.
Ramuan asas yang ada pada hampir semua kuih tradisi termasuk santan, kelapa, gula melaka dan daun pandan.[5]
Kuih-muih lazim tiada masa khusus untuk dihidangkan, ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh atau kopi.[5] Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan.[5]
Kuih boleh datang dalam dua jenis daripada bahan digunakan dan cara dimasak:[6][7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.