Kubernetes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kubernetes (selalunya disingkatkan kepada k8s[3]) ialah sebuah sistem sumber terbuka untuk mengautomasi pengerahan, penskalaan, dan pengurusan aplikasi-aplikasi berkontena.[3][4] Ia pada mulanya direka oleh Google dan kini diselenggara oleh Yayasan Pengkomputeran Asli Awan. Kubernetes mampu berfungsi dengan pelbagai peralatan kontena termasuk docker dan rkt.[5] Kebanyakan perkhidmatan awan menawarkan pelantar atau infrastruktur berasaskan Kubernetes sebagai perkhidmatan (PaaS atau IaaS) di mana Kubernetes boleh dikerahkan sebagai khidmat pemberi pelantar.
Fakta Segera Pembangun, Pelancaran pertama ...
Kubernetes | |
---|---|
Pembangun | Yayasan Pengkomputeran Asli Awan |
Pelancaran pertama | 7 Jun 2014; 10 tahun yang lalu (2014-06-07)[1] |
Versi terkini/stabil | 1.13[2] (3 Disember 2018; 5 tahun yang lalu (2018-12-03)) |
Ditulis dalam | Go |
Sistem pengendalian | Linux, Microsoft Windows, macOS |
Jenis | Perisian bebas dan sumber terbuka, pensijilan, container orchestrator |
Genre | Perisian pengurusan gugusan |
Lesen | Lesen Apache 2.0 |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | kubernetes |
Blog | |
Repositori | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup