Sumber terbuka
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai model pengeluaran dan pembangunan. Untuk aplikasinya dalam perisian, sila lihat perisian sumber terbuka. Untuk kegunaan lain, sila lihat sumber terbuka (nyahkekaburan).
Sumber terbuka (open source) merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan capaian kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat, diubah dan disebarkan secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek.