![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f1/Seal_of_the_Army_of_the_Guardians_of_the_Islamic_Revolution.svg/langms-640px-Seal_of_the_Army_of_the_Guardians_of_the_Islamic_Revolution.svg.png&w=640&q=50)
Kor Pengawal Revolusi Islam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) (Parsi: سپاه پاسداران انقلاب اسلامی, rumi: Sepâh-e Pâsdârân-e Enghelâb-e Eslâmi, lit. 'Tentera Pengawal Revolusi Islam'code: fa is deprecated atau singkatan Sepâh) adalah cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Iran, ditubuhkan selepas Revolusi Iran pafa 22 April 1979[3] atas arahan Ayatollah Ruhollah Khomeini.[4] Sewaktu Tentera Iran mempertahankan sempadan Iran dan mengekalkan ketenteraman dalam negeri, menurut Perlembagaan Iran, Pengawal Revolusi (pasdaran) diberi tugas melindungi sistem politik republik Islam negara.[5] Pengawal Revolusi menyatakan bahawa peranan mereka dalam perlindungan sistem Islam ialah menghalang campur tangan asing serta rampasan kuasa oleh pihak tentera atau "pergerakan sesat".[6]
Tentera Pengawal Revolusi Islam سپاه پاسداران انقلاب اسلامیcode: fa is deprecated (Parsi) | |
---|---|
![]() | |
Aktif | 1979–kini |
Negara | ![]() |
Kesetiaan | Pemimpin Agung Iran |
Cawangan |
|
Saiz | ~120,000 |
Markas | Tehran |
Moto | "Dan sediakanlah untuk menentang mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan." (وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍcode: ar is deprecated ) [1] [Quran 8:60] (Slogan heraldik) |
Pertempuran | Lihat senarai
|
Komander | |
Panglima | Mej. Jen. Hossein Salami |
Pasukan Quds | Mej. Jen. Qasem Soleimani |
Ketua Staf Bersama | Brig. Jen. Mohammad Reza Naqdi |
Angkatan Darat | Brig. Jen. Mohammad Pakpour |
Angkatan Aeroangkasa | Brig. Jen. Amir Ali Hajizadeh |
Tentera Laut | Komodor Alireza Tangsiri |
Pasukan Kerahan | Brig. Jen. Gholamreza Soleimani |
Tanda kebesaran | |
Bendera | ![]() |
Tentera Pengawal Revolusi Islam | |
---|---|
Pihak bersengketa dalam Perang Saudara Syria, Perang Terhadap Keganasan, Konflik proksi Iran–Israel, dan lain-lain | |
Aktif | 1979–kini |
Ideologi | Khomeinisme Anti-Imperialisme Islamisme Syiah Anti-Zionisme |
Pemimpin | Mej. Jen. Qasem Soleimani |
Sekutu | Negara sekutu
Negara bukan sekutu:
|
Opponents | Negara lawan
Negara bukan lawan:
|
Pengawal Revolusioner mempunyai kira-kira 125,000 askar termasuk pasukan darat, aeroangkasa dan laut. Angkatan lautnya kini menjadi ketumbukan utama yang ditugaskan dengan kawalan operasi terhadap Teluk Parsi.[7] Ia juga mengawal militia separa tentera Basij yang mempunyai kira-kira 90,000 anggota aktif.[8][9] Pasukan medianya adalah Sepah News.[10]
Sejak dari asal-usulnya sebagai militia yang berasaskan ideologi, Tentera Pengawal Revolusi Islam telah mengambil peranan yang lebih besar dalam semua aspek kebudayaan Iran. Peranan sosial, politik, ketenteraan dan ekonomi diperluaskan dibawah pentadbiran Presiden Mahmoud Ahmadinejad —terutama semasa pilihan raya Presiden Iran 2009 dan tindakan menyekat bantahan pasca-pilihan raya—telah menyebabkan ramai penganalisis Barat berpendapat bahawa kuasa politiknya telah melampaui walaupun sistem ulama Syiah negara.[11][12][13][14]
Panglima Tentera Pengawal sejak tahun 2019 ialah Hossein Salami[15] yang menggantikan Mohammad Ali Jafari dan Yahya Rahim Safavi dari tahun 2007 dan 1997.[16]
IRGC ditakrifkan sebagai sebuah organisasi pengganas oleh kerajaan Bahrain, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.[17][18]