Kompleks Arkeologi Baktria–Margiana
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kompleks Arkeologi Baktria–Margiana (juga dikenali sebagai tamadun Oxus) merupakan gelaran kaji purba moden bagi sebuah tamadun Zaman Gangsa di Asia Tengah yang bertarikh sekitar 2300–1700 SM, kini terletak di negara-negara Afghanistan utara, Turkmenistan timur, Uzbekistan selatan dan Tajikistan barat, bertengahkan hulu Amu Darya (Sungai Oxus). Tapak-tapaknya ditemui dan dinamai oleh pengkaji purba Soviet yang bernama Viktor Sarianidi (1976). Baktria adalah nama Yunani bagi kawasan Bactra (kini Balkh) di Afghanistan utara, dan demikian juga Margiana bagi kesatrapan Parsi yang bernama Margu, iaitu ibu kota negeri Merv yang kini di Turkmenistan tenggara.
Usaha ekskavasi Sarianidi mulai lewat 1970-an menemui banyak binaan monumen di kebanyakan tapaknya yang serba diperkuat oleh tembok-tembok dan pintu-pintu yang menakjubkan. Laporan-laporan mengenai kompleks ini rata-rata terhad kepada jurnal-jurnal Soviet[1] sehingga akhir zaman Kesatuan Soviet, maka hasil pencariannya rata-rata tidak diketahui oleh Barat sehingga karya-karya Sarianidi mulai diterjemahkan pada 1990-an.