![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/cf/UC_granularity.png/640px-UC_granularity.png&w=640&q=50)
Kolitis ulseratif
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kolitis ulseratif ( KU ) keadaan kronik jangka masa panjang yang mengakibatkan keradangan dan ulser pada kolon dan rektum . [1] [6] Gejala utama penyakit ini adalah sakit perut dan cirit-birit bercampur darah . [1] Penurunan berat badan, demam, dan anemia juga mungkin berlaku. [1] Kebiasaanya, gejala berlaku secara perlahan lahan dan boleh berkisar diantara ringan sehingga sangat teruk. [1] Gejala yang berlaku selalunya berselang-seli, dimana wujud ketika dimana tiada gejala berlaku. [1] Komplikasi mungkin termasuk megakolon, keradangan mata, sendi atau hati, dan kanser kolon . [1] [2]
Kolitis ulseratif | |
---|---|
![]() | |
Endoskopi imej kolon dijangkiti Kolitis ulseratif. Permukaan dalaman kolon bertompok dan pecah. Penyakit yang sederhana teruk. | |
Pengkhususan | Gastroenterologi |
Gejala | Sakit perut, cirit-birit bercampur dengan darah, berat badan, demam, anemia[1] |
Kerumitan | Kolon membengkak, radang mata, sendi, atau hati, kanser kolon[1][2] |
Permulaan biasa | 15–30 tahun atau > 60 tahun[1] |
Tempoh | Jangka masa panjang[1] |
Punca | Tidak diketahui[1] |
Kolonskopi dengan biopsi tisu[1] | |
Disentri, penyakit Crohn, kolitis iskemia[3] | |
Rawatan | Perubahan diet pemakanan, ubatan, pembedahan[1] |
Rawatan perubatan | Sulfasalazine, mesalazine, steroid, imunosupresan seperti azathioprine, terapi biologi[1] |
Kekerapan | Sehingga 5 per 1000 orang[4] |
Kematian | 47,400 dengan penyakit Crohn's (2015)[5] |
sunting![]() |
Punca KU masih tidak diketahui. [1] Teori wujud dengan mengaitkan dengan disfungsi sistem imun, genetik, perubahan dalam bakteria usus normal, dan faktor persekitaran. [1] [7] Terdapat kecederungan tinggi ia berlaku dinegara membangun, dengan teori mengaitkan berkaitan kurangnya pendedahan kepada masalah usus dan diet yang tidak sihat dinegara Barat. [6] [8] Pembuangan apendiks pada awal usia mungkin membantu. [8] Diagnosis biasanya melalui kolonoskopi dengan biopsi tisu . [1] Ia adalah sejenis penyakit radang usus (IBD) bersama-sama dengan penyakit Crohn dan kolitis mikroskopik . [1]
Dengan mengubah diet, seperti menjaga diet tinggi kalori atau tanpa laktosa, mungkin akan membantu mengubati simptom. [1] Antara ubatan yang digunakan untuk merawat simptom dan mengurangkan penularan, termasuklah aminosalicylates seperti mesalazine atau sulfasalazine, steroid, imunosupresan seperti azathioprine dan terapi biologi . [1] Pembuangan kolon melalui pembedahan mungkin diperlukan jika penyakit itu teruk, tidak bertindak balas terhadap rawatan, atau jika komplikasi seperti kanser kolon berkembang. [1] Pembuangan kolon dan rektum secara amnya membantu penyembuhan. [1] [8]
Sekitar 11.2 juta orang telah terjejas setakat tahun 2015 . [9] Setiap tahun, sekitar 1 hingga 20 individu untuk setiap 100,000 orang, atau 5 hingga 500 setiap 100,000 individu terjejas. [6] [8] Penyakit ini lebih biasa di Amerika Utara dan Eropah berbanding kawasan lain. [8] Kebiasanya, ia dapat dilihat pada individu berumur 15 hingga 30 tahun, atau lebih pada 60 tahun. [1] Tiada perbezaan dalam jumlah jangkitan diantara lelaki dan perempuan. [6] Ia juga menjadi penyakit yang biasa berlaku sekitar tahun 1950-an. [6] [8] [10] Dengan rawatan yang sesuai risiko kematian dapat dikurangkan. [2] Kes pertama kolitis ulseratif berlaku sekitar tahun 1850-an. [8]