Kokarde
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kokarde (disebut [ko.kar.dĕ] pinjaman bahasa Belanda serapan lanjut Perancis cocarde terbitan kata coq "ayam jantan",[1] bahasa Inggeris: cockadecode: en is deprecated ) merupakan hiasan simpulan reben atau bahan seumpama yang dipakaikan sebagai hiasan pada topi.
Pemakaian kokarde dimulakan di Eropah khusus untuk golongan tentera menandakan kesetiaan terhadap penguasa yang mengetuai tentera kerajaan atau pangkat diri lagi-lagi dalam keadaan berpakaian seragam semasa berperang pada abad-abad ke-18 dan 19, ia hanya mula diterapkan sebagai suatu hiasan kenegaraan dalam kalangan patriot setiaraja Willem V penguasa Belanda.[2] Kelazimannya tersebar di negara-negara Eropah lain selepas diperkenalkan dalam Revolusi Perancis[2][3] terutamanya dimulakan atas cadangan wartawan Camille Desmoulins di Paris yang menggesa orang ramai memakai suatu lambang mewakili rakyat jelata Perancis sambil mengangkat senjata berdendam menyanggah kerajaan atas pemecatan Jacques Necker pada 12 Julai 1789.[4]
Apabila Perancis mula membina bala tentera udaranya sendiri awal abad 20-an, pesawat-pesawat angkatan tentera ini menerapkan rekaan simpulan kokarde negara sendiri pada badan pesawat, peletakan ini turut ditiru negara-negara lain semasa meletusnya Perang Dunia Pertama sehingga akhirnya dilazimkan sebagai lambang pengenalan pasukan udara masing-masing.