Paduan suara (juga koirMal.,[1]korInd.)[2] ialah satu penghimpunan penyanyi vokal mahupun muzik membentuk suatu ensembel yang menyanyi dengan suara yang seiring dan harmoni; pemaduan sebegini lazim terdiri daripada beberapa bahagian nyanyian (bahasa Inggeris: partcode: en is deprecated , Jerman: Stimmecode: de is deprecated ) yang diketuai oleh seorang konduktor yang mengarahkan kelompok-kelompok ini menyanyi ikut cara, nada atau masa tertentu lalu segerak atau serentak.
Dalam pengertian ini, cara penyanyian suara juga mencakup kumpulan vokal (vocal group), walaupun kedua-dua istilah ini kadangkalanya ada saling dibezakan juga.
Terdapat beberapa ungkapan yang lazim dalam pembincangan teliti mengenai gaya nyanyian sebegini yang kadangkalanya sering bertindih makna:
Choir ("Koir") adalah sebuah himpunan para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai tanpa melibatkan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain. "Koir" sering dirujukkan kepada kumpulan yang terlibat dalam kegiatan di gereja atau sekolah.
Chorus ("Korus") - kerap digunakan dalam konteks seni pementasan termasuk opera atau teater muzikal yakni merujuk kepada kumpulan penyanyi-penyanyi (dan juga penari-penari) yang menjadi penyanyi latar sesuatu persembahan.
Chorale (dengan pelat pada suku kata kedua): merujuk kepada lagu atau irama yang ditujukan untuk kegiatan keagamaan (misalnya dalam gita puja) terutamanya dalam kalangan mazhab gereja Protestan, serta gaya dan karya nyanyian yang menyerupai benda sedemikian - misalnya karya "koral" yang digubah Johann Sebastian Bach".[3]
Nyanyian berkumpulan sebegini kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra). Kebanyakan kumpulan ini mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian dalam satu-satu persembahan paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan orang.
Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyikan tanpa iringan alat-alat muzik dipanggil sebagai a cappella (pinjaman bahasa Itali yang bermaksud "Nyanyian cara gereja").
Kategori mengikut lingkungan suara
Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-
Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagai SATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakala SATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suara bariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.
Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun “S” merujuk kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.
Koir wanita - mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA
Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.
Kategori mengikut fungsi
Nyanyian sebegini juga dapat dikategorikan menurut jenis atau genre karya yang dibawakannya, misalnya: jmpl|Wiener Sängerknaben,