Kickstarter
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kickstarter ialah sebuah syarikat faedah awam (public-benefit corporation)[2] yang beribupejabat di Brooklyn, New York menguruskan platform pendanaan khalayak global yang berfokuskan pada kreativiti.[3] Syarikat ini menyatakan misinya "membantu menjadikan projek-projek kreatif sebuah kenyataan".[4] Syarikat ini telah dilaporkan menerima cagaran sebanyak lebih daripada 1.9 bilion dolar A.S daripada 9.4 juta pelanggan untuk mendanai 257,000 projek kreatif seperti filem, muzik, pertunjukan teater, komik, kewartawanan, permainan video, teknologi serta projek yang berkait dengan makanan.[5]
Kickstarter, PBC | |
---|---|
Tangkapan skrin | |
Maklumat umum | |
URL | kickstarter |
Jenis | Public-benefit corporation (en) |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris |
Ditubuhkan | 28 April 2009 dan 29 April 2009 |
Pengasas | Perry Chen (en) , Yancey Strickler (en) dan Charles Adler (en) |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Internet dan dana khalayak |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | ▼ 508 (October 2017)[1] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | 58 Kent Street (en) , Amerika Syarikat |
Anugerah | |
– National Design Awards (en) | |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Mereka yang menyumbang kepada dana projek-projek dalam laman ini ditawarkan ganjaran atau pengalaman yang nyata atau pengalaman sebagai pertukaran.[6] Model ini mendapat ilhamnya daripada konsep model langganan seni naungan, di mana para seniman berhubung dengan penonton mereka untuk meraih dana kewangan mereka.[7]