Pendanaan khalayak, pendanaan amam[1] atau biayasama (bahasa Inggeris: crowdfunding) ditakrifkan sebagai suatu amalan pendanaan sebuah projek atau perusahaan melalui kutipan jumlah wang yang kecil dari sejumlah ramai orang, biasanya menggunakan medium Internet.[2] Ia merupakan suatu bentuk sumber khalayak dan kewangan alternatif. Kaedah ini telah digunakan untuk mendana pelbagai jenis keusahawanan beruntung (for-profit entrepreneurship) seperti projek-projek kesenian dan kreatif, perbelanjaan tampungan perubatan, perlancongan, mahupun projek keusahawanan sosial yang bertumpukan masyarakat.[3]
Terdapat anggaran yang dibuat pada tahun 2015 bahawa sebanyak sekitar AS$34 bilion telah diperolehi dengan cara ini.[4][5]
Laporan Mei 2014 daripada organisasi The Crowdfunding Centre membahagikan dana khalayak kepada dua jenis utama:
- Dana khalayak berganjaran: usahawan membuat suatu prajualan (pre-selling) produk atau perkhidmatan untuk melancarlan suatu konsep bisnes tanpa menanggung hutang atau menghabiskan ekuiti/saham.
- Dana khalayak berekuiti (equity crowdfunding) : penderma memperolehi saham dalam sesebuah syarikat pada tahap awalnya sebagai pertukaran kepada sejumlah wang yang dicagarkan kepada syarikat tersebut.[6]
Kempen-kempen pendanaan ramai dapat memanfaatkan penerbit jauh melebihi keuntungan duit:[7]
- Profil – projek yang menarik perhatian akan menaikkan profil penerbit serta mengingkatkan reputasi mereka.
- Pemasaran – Pihak pengeluar boleh menunjukkan pasaran yang berpotensi untuk projek mereka, malah maklum balas pasaran baik juga dapat diperolehi sekiranya kempen sesuatu projek itu tidak berhasil.
- Hubungan bersama pelanggan – suatu forum dapat dihasilkan di mana pencetus projek dapat bersemuka dengan para pelanggan mereka. Pelanggan boleh melibatkan diri dalam proses penghasilan dengan mengikuti perkembangan terkini serta memberi maklum balas daripada pihak pengeluar di laman projek.
- Maklum balas – penawaran akses pra-keluaran atau peluang menguji secara beta (beta-testing) produk kepada para penderma kerana sebahagian insentif dana memberi kemudahan maklum balas pasaran kepada para pengeluar dengan segera.
Pendanaan jenis ini juga datang dengan pelbagai halangan dan risiko yang berkemungkinan:[8]
- Reputasi – kegagalan memenuhi matlamat kempen atau menarik minat ramai, atau ketidakmampuan memenuhi kehendak penderma atas sebab tertentu meskipun kos projek berjaya ditampung boleh merosakkan reputasi pihak pengeluar.
- Perlindungan hak intelek – terutamanya dalam kebanyakan pihak pembangun media digital atas perlunya mengumumkan butiran projek secara terbuka dari tahap-tahap pembangunan paling awal sehingga kemungkinan besar berlakunya plagiarisme daripada syarikat pesaing lain.[8][9]
Antara contoh pengunaan istilah ini:
Gleasure, R.; Feller, J. (2016). "Emerging technologies and the democratisation of financial services: A metatriangulation of crowdfunding research". Information and Organization. 26 (4): 101–115.