Khalid Abu Bakar
From Wikipedia, the free encyclopedia
YDH KPN Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar (lahir 5 September 1957) ialah bekas Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-10. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013, menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak dan bersara wajib secara pilihan. Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Bakri Mohd Zinin menjadi timbalannya.[1]
Fakta Segera YDH KPN Tan Sri Dato' SriKhalid Abu Bakar PMN, PSM; SPMP; SSAP; JMN, Ketua Polis Negara Malaysia ke-10 ...
YDH KPN Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar PMN, PSM; SPMP; SSAP; JMN | |
---|---|
![]() Tan Sri Khalid Abu Bakar | |
Ketua Polis Negara Malaysia ke-10 | |
Dalam jawatan 17 Mei 2013 – 4 September 2017 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Ismail Omar |
Digantikan oleh | Mohamad Fuzi Harun |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1957-09-05) 5 September 1957 (umur 66) Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Alma mater | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Pekerjaan | Pegawai polis |
Tutup
Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 April 2011. Pelantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Hussin Bin Haji Ismail yang bersara wajib. Tan Sri Khalid memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan pernah memegang jawatan Ketua Polis Selangor sebelum ini.