Kerajaan Langit
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kerajaan Langit (Jawi: كراجاءن لاڠيتcode: ms is deprecated ) ialah sebuah kumpulan agama yang diasaskan oleh Ariffin Mohamad (1941–2016) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin yang diisytiharkan sebagai ajaran sesat oleh JAKIM. Kumpulan ini berpusat di Hulu Besut, Terengganu, Malaysia. Semasa mereka memohon sebidang tanah untuk kegunaan kegiatan agama mereka, mereka menyatakan dalam permohonan mereka bahawa tanah itu adalah kegunaan pertanian.[1]
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Penggunaan tanah mereka didapati tidak menepati permohonan mereka kerana tanah itu langsung tiada apa-apa yang berkaitan dengan pertanian. Malah, terdapat beberapa hiasan besar seperti periuk besar. Akhirnya, kumpulan ini telah ditumpaskan oleh kerajaan Malaysia pada 20 Julai 2005.[2][pautan mati][sumber tidak boleh dipercayai?]