Ayah Pin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ariffin Mohammed (22 Jun 1941 – 22 April 2016; Jawi: عارفين بن محمدcode: ms is deprecated ) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin (Jawi: ايه ڤينcode: ms is deprecated ) merupakan seorang pengamal ajaran sesat. pengasas kepada Kerajaan Langit dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.
Ayah Pin | |
---|---|
![]() Ayah Pin berdiri di hadapan teko dan pasu gergasi di perkampungan Kerajaan Langit sebelum perobohannya. | |
Kelahiran | Ariffin bin Mohamad (1941-06-22)22 Jun 1941 |
Meninggal dunia | 22 April 2016(2016-04-22) (umur 74) |
Sebab kematian | Sakit tua |
Terkenal kerana | Sebagai pengasas Kerajaan Langit |
Pasangan | Che Minah Ramli (meninggal dunia 2012) Jaharah Awang Rozilan Mokhtar Nik Kamariah Nik Pah |
Anak-anak | 21 |
Dilahirkan di Beris, Kelantan, Ayah Pin telah menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" kepada semua agama dan mendakwa telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan ajarannya di muka bumi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 2, namun beliau dianggap oleh kebanyakan pengikutnya sebagai Tuhan dan segala yang dilakukannya berasaskan wahyu yang diterimanya dari langit. Ayah Pin dilayan seperti raja dan segala kelengkapannya disediakan seolah-olah seperti di kayangan.[1]
Pada Disember 1997, Jabatan Agama Islam Terengganu mengisytiharkan ajaran Ayah Pin palsu, sesat dan menyeleweng. Beliau pernah dihukum penjara selama 11 bulan dalam tahun 2001. Pada 2002, selepas tamat hukuman penjara, Ayah Pin dan pengikutnya mula memperluaskan Kerajaan Langit. Ayah Pin berkahwin sebanyak 4 kali, mempunyai 4 isteri (isteri pertama meninggal dunia pada 2012) dan dikurniakan 21 anak hasil dari perkahwinan tersebut. Beliau meninggal dunia pada 22 April 2016 pada usia 74 tahun akibat sakit tua.[2]