From Wikipedia, the free encyclopedia
Kelicap (Jawi: کليچڤ) ialah sejenis burung kecil dalam keluarga Nectariniidae daripada order Passeriformes.[1] Terdapat 132 spesies burung ini dalam 15 genus. Spesies-spesies dalam keluarga ini bertaburan di seluruh Afrika, subbenua India, Asia Tenggara dan hampir utara Australia.
Nectariniidae | |
---|---|
Aethopyga siparaja | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | Nectariniidae Vigors, 1825 |
Genus | |
15, lihat teks |
Nama keluarga ini diberikan daripada nama genus Nectarinia, kerana banyak burungnya makan nektar.[2] Tetapi, ada juga spesies-spesies burung keluarga ini yang turut memakan serangga dan labah-labah, terutamanya semasa memberi makan anak. Buah juga menjadi sebahagian diet sesetengah spesies. Pemakanan daripada bunga dan buah pokok semua spesies membantu pendebungaan di habitat masing-masing.[3]
Burung-burung kelicap mempunyai paruh yang melengkuk[4] dan lidah yang berhujung halus dan cerucup seperti berus yang memudahkan penghisapan nektar bunga.[4][5]:76–77
Badan burung jantan dipenuhi bulu pelepah yang lebih memendarkan rona daripada badan burung betina.[6]
Burung jantan menari-nari, mengibas-ngibas sayap atau terbang tinggi untuk menarik perhatian burung betina yang dimahukan sebagai pasangan.[7]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.